suria

Trafik sesak ‘no hal’, wanita potong kacang panjang dalam kereta tak nak lewat masak untuk berbuka - “Ni kalau ada tong gas siap dah lauk”

Tasha sempat memotong kacang panjang ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

MEMIKUL tanggungjawab sebagai seorang isteri bukanlah satu perkara yang mudah.

Apatah lagi jika mempunyai kerjaya, pastinya bebanan tugas semakin bertambah.

Masuk bulan Ramadan, golongan isteri berkerjaya berdepan cabaran dari segi membahagikan masa untuk untuk diri sendiri, keluarga di rumah dan tugasan pejabat.

Namun, umum mengetahui golongan wanita cukup sinonim dengan ungkapan ‘multitasking’ kerana mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Hakikat ini dibuktikan melalui satu video yang dimuat naik oleh Nurul Natasha yang merakamkan dirinya mematahkan kacang panjang dengan tangan sambil memandu.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Tasha menceritakan semula kisah di sebalik rakaman tular itu yang dimuat naik ketika berada di dalam kereta pada hari pertama puasa, Khamis lalu.

“Masa tu saya tengah hadap ‘jam’ (kesesakan lalu lintas) nak balik ke rumah dari ofis dekat Bandar Puchong Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa muntah, terduduk di tandas sebelum sahur... esoknya hembus nafas terakhir! Anak ralat tak dapat berbuka sama walau tarikh dah ada

ARTIKEL BERKAITAN: Satu dunia dengar anak-beranak berbisik! Anak 6 tahun hantar ‘voice note’ minta izin bapa nak buka puasa, dia fikir ibu tak tahu

“Sebelum balik rumah saya ada singgah kedai beli kacang panjang. Biasanya kalau tak sesak, lima minit pun dah sampai. Tapi disebabkan jam, perjalanan lima minit pun boleh jadi 30 minit.

“Saya keluar dari pejabat pukul 5.15 petang, tapi bulan puasa pukul 6.55 petang saya masih belum sampai rumah,” ujarnya.

Tasha yang kini menetap di Kajang, Selangor, berkata dia pada ketika itu memandu bersendirian.

Tasha sudah berumah tangga lebih tujuh tahun.

Justeru, hajat wanita berusia 32 tahun ini untuk memasak sayur kacang panjang goreng dicampur telur dan ayam ‘terkubur’ apabila tiba di rumah hampir masuk waktu berbuka.

“Masa tu tak fikir apa dah. Dalam kepala ni niat nak balik rumah saja masak terus. Lagipun hari pertama puasa kan. Niat nak masak macam-macam tapi terkandas dalam jam. Niat tinggal niat sajalah.

Tapi masa lauk tengah masak dekat atas dapur lagi azan pun dah berkumandang jadi tak sempat nak buka puasa elok-elok.

NURUL NATASHA

“Padahal tengah hari tu saya tengok video viral dekat TikTok resipi sayur kacang panjang ni. Kacang panjang goreng dengan telur dan ayam.

“Tapi masa lauk tengah masak dekat atas dapur azan pun dah berkumandang jadi tak sempat nak buka puasa elok-elok,” imbas Tasha yang bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat di Selangor.

Cerita Tasha yang sudah memasuki tahun ketujuh berumah tangga, sebelum ini, juga pada bulan puasa dia pernah membuang perut ikan bilis tetapi ketika itu suaminya memandu di sebelah.

Tasha merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.

Dalam pada itu, Tasha yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menitipkan pesan kepada orang ramai.

“Sebagai ibu dan isteri yang bekerja, masa amat terhad. 6.30 pagi dah keluar cari rezeki. 7 malam baru sampai rumah kemudian tukar syif jadi ibu dan isteri pula. Bukan nak kata susah, cuma terkejar-kejar. Kalau ada masa terluang tu, memang kena guna sehabis mungkin.

“Bulan puasa, jam makin teruk. Tambah pula awal puasa, ramai terkejar-kejar untuk berbuka bersama keluarga tercinta. Bersabar sajalah mampu. Dari segi urusan kerja dan rumahtangga di bulan puasa, tiada beza. Cuma kena pandai bahagi masa.

“Jadi buat semua wanita especially yang bergelar ibu, tidak kira berkejaya atau suri rumah, kuatkan semangat demi keluarga. Memang mustahil untuk jadi yang sempurna. Tapi sekurangnya, kita mencuba jadi yang terbaik,” ujarnya menutupi kisah.

Perkongsian Tasha juga meraih perhatian netizen setelah mendapat lebih 400,000 tontonan di TikTok.

Komen netizen di TikTok.

Rata-ratanya terhibur dengan tindakan wanita ini yang dianggap mencuit hati.

"Kalau macam ni lain kali kena bawa dapur gas dan kuali sekali. Dalam jam masak sekali.

"Ni kalau ada dapur tong gas mahu siap dah lauk segala. Sampai rumah terus hidang saja.

"Multitasking! Mujur dalam kereta tak ada dapur gas. Kalau tak confirm dah masak sekali," komen netizen di TikTok secara berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain