suria

Mak ayah anggap ‘Honda lambang kejayaan’, selagi tak beli akan terus bertanya... anak gaji RM1,500 tertekan!

Jika mahu membeli kereta, seseorang itu harus berpegang kepada konsep 'ukur baju di badan sendiri'. -Gambar hiasan

SIKAP ibu bapa yang gemar membandingkan anak sendiri dengan orang lain bukan satu perkara baharu.

Perbandingan ini akan berlaku sama ada dalam kalangan adik beradik sendiri, saudara mara, jiran atau kenalan, biasanya dari segi pekerjaan dan status kewangan.

Lazimnya ibu bapa seperti ini dilihat lebih cenderung melihat apa yang mereka tidak miliki.

Secara tidak langsung, sikap mereka akan mengguris hati anak-anak yang masih 'bergelut' dalam kehidupan serba mencabar sekali gus membuatkan mereka tertekan.

Begitulah luahan seorang anak di Twitter tanpa mendedahkan identitinya yang mengaku runsing mengenangkan permintaan ibu bapa yang tidak mampu ditunaikan buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada life sendiri, tak boleh berkepit 24 jam

ARTIKEL BERKAITAN: Masa kecil dibenci, mula sayang apabila dah besar berduit... Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan

Jelasnya, pendapatan bulanannya adalah rendah dan tidak mampu untuk memenuhi kehendak orang tuanya yang mahu dia memiliki sebuah kereta import.

“Saya cuma nak meluah tentang sedikit ringkasan masalah saya. Dengan gaji RM1,500 (sebulan), ibu bapa saya selalu mendesak untuk saya beli Honda.

“Kereta idaman katanya. Tapi saya tahu tak mampu,” katanya yang mengakui sedih mengenangkan apa yang berlaku.

Seorang anak tertekan ibu bapa desak beli kereta jenama Honda. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, pelayar ini turut menjelaskan bahawa dia mempunyai tanggungan lain yang perlu difikirkan.

Dia dan adik beradik yang lain juga perlu menghulurkan wang untuk ibu bapa mereka yang sudah tidak mempunyai pendapatan.

Disebabkan sikap orang tuanya yang tidak memahami situasinya, dia terpaksa meluahkan isi hati dengan harapan mendapat satu jalan keluar daripada masalah ini.

Kalau masih kena tekan juga, beritahu saja kisah sebenar yang sadis. Harap mereka faham.

NETIZEN

“Ibu seorang suri rumah, ayah sudah tak bekerja sejak sakit. Setiap bulan kami adik beradik akan bagi duit dekat parents kami sebab mereka memang tak ada income.

“Saya jadi sedih sebab mereka selalu bercakap pasal anak orang lain yang berjaya. Sampai satu hari, saya cakap, boleh tak kalau kita hidup sederhana dan apa adanya.

“Ringkasnya, saya sebagai anak, berharap ibu bapa dekat luar sana, daripada cakap bila nak pakai Honda? Bila nak kerja lain boleh beli Honda? mungkin lagi baik jika cakap ibu doakan awak kerja bagus-bagus dapat beli Honda,” ujarnya.

Pelayar berharap ibu bapa faham kewangan anak-anak dan mendoakan kejayaan mereka.

Dia juga meminta maaf seandainya ada yang tidak sependapat dengan dirinya dan jika dia terlebih emosi dalam membuat luahan yang kemudian dikongsi di akaun Twitter @ConfessTweetMy.

Ramai warganet tampil memberikan pendapat juga berkongsi kisah mereka yang hampir sama.

“Saya belajar untuk tidak dengarkan kata-kata ibu bapa membuta tuli. Terutama dari segi wang ringgit dan kerjaya lagi-lagi kalau perjalanan awak berbeza dengan dia,

“Fasal perbelanjaan ni jangan dengar cakap orang lain. ‘Dengar’ pada dompet sendiri.

Komen netizen di Twitter.

“Mak ayah tak tahu ke gaji anon berapa? Kalau nak sorok, boleh. Cakap saja dah try minta pinjaman tapi kena gelak dengan banker atau salesman Honda pun gelak.

“Kalau masih kena tekan juga, beritahu saja kisah sebenar yang sadis. Harap mereka faham. Mungkin mereka fikir anak semua berduit sebab sentiasa beri duit,” ujar netizen.

Tidak dapat dinafikan seorang anak perlu membahagiakan ibu bapa masing-masing tetapi dalam masa sama ibu bapa juga perlu lebih peka dengan kemampuan anak terutama golongan yang baru mahu membina kehidupan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain