SAMBUTAN Aidilfitri pada tahun ini tetap meriah sebagaimana sebelum-sebelum ini. Pelbagai jenis kejutan raya dibuat terhadap insan-insan kesayangan dan momen itu dikongsikan di media sosial. Seorang anak bongsu, Hasliah Sangkula, 24, yang senang disapa Leeya membuat kejutan dengan memberikan empat bentuk cincin emas kepada kakak-kakaknya sebagai ganti duit raya. “Saya baru sahaja habis praktikal di syarikat lama. Sekarang bekerja di sebuah sebuah bank pula dalam bahagian pengurusan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Syukur sangat ada rezeki lebih ni jadi saya kongsikan dengan famili. Semua barang kemas dan hadiah tu jumlah gaji sebulan serta komisen bulan Ramadan saya. “Kebetulan pula Hari Raya jadi saya pun belikan mereka barang kemas sebab semua kakak saya suka emas. Malam raya tu saya terus pergi kedai emas dan beli,” katanya ketika dihubungi mStar. Sebagaimana dapat dilihat dalam video yang tular di TikTok, kesemua kakaknya menjerit dan menangis ketika diberikan ‘duit raya’ berbentuk cincin bernilai sekitar RM300 bagi setiap satu. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dalam kedai mamak ‘kejar’ sampai ke kereta, tiba-tiba hulur RM250! Wanita anggap ‘rezeki daripada langit’, gembira dapat duit raya ARTIKEL BERKAITAN: Duit raya tak pernah hulur, baju kena beli sendiri! Wanita terasa hati dapat suami kedekut, cemburu tengok pasangan lain pamer bahagia Bukan itu sahaja, Leeya turut memberikan jambangan bunga kepingan duit RM50 kepada ibunya. Dia yang kini menetap di Damansara, Selangor, berkata niatnya cuma mahu membalas jasa ahli keluarga yang banyak berkorban dalam membesarkannya setelah kematian bapa selaku ketua keluarga enam tahun lalu. “Dalam video tu semua terkejut sebab tu mereka menjerit masa terima hadiah daripada saya. Mereka terharu tengok adik sendiri dah besar mampu berikan hadiah macam tu. Ibu Leeya menerima jambangan bunga duit raya. “Mama dan abang-abang yang lain dapat duit raya saya beri dalam anggaran RM5,000. Saya tak kisah berhabisan untuk mereka sebab keluargalah yang banyak support saya dari kecil sampai sekarang. “Kami dari sebuah famili yang sederhana. Adik beradik 10 orang. Arwah papa dulu kerja sebagai pengawal keselamatan je selama hidup dia. Mama pula suri rumah. Jadi kakak-kakak dan abang-abang yang banyak membantu kewangan keluarga,” ujarnya lagi. Dia (arwah bapa) selalu pesan, jaga hubungan antara adik beradik dan keluarga yang lain. HASLIAH Hantaran yang dikongsikan meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan setelah disiarkan oleh salah seorang kakak Leeya di TikTok. Malah, video kedua kejutan jambangan duit raya yang dibuat untuk ibunya dan dimuat naik Leeya sendiri di TikTok ditonton lebih 500,000 kali. Di ruangan kapsyen, Leeya berjanji untuk menjaga keluarganya sebagaimana dilakukan bapanya. Leeya merupakan anak bongsu daripada 10 adik beradik. “Papa kerja siang malam dan hampir setiap pagi raya dia tak ada sebab kerja over time. Dia selalu pesan, jaga hubungan antara adik beradik dan keluarga yang lain. “Masa hujung nyawa pun, arwah papa cakap dengan mama dia risau nanti dia dah tak ada siapa nak bagi anak-anak makan. “Jadi sebab itulah impian saya setinggi langit nak jadi orang yang arwah papa maksudkan. Orang yang bagi makan (jaga) famili waktu susah,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube