suria

Dahsyat ketagih PUBG! Ibu 6 anak pentingkan game, syok buat ‘live’ nak dapatkan ‘gift’... Sudahnya merana hidup menjanda

Seorang isteri dikatakan ketagih dengan permainan video sehingga keluarganya terabai. -Gambar hiasan

KETIKA ikatan perkahwinan berjaya disimpulkan, maka tergalas tanggungjawab serta komitmen pada bahu suami dan isteri.

Ia bukannya suatu yang mudah kerana kedua-dua belah pihak harus memainkan peranan untuk mempertahankan hubungan.

Begitulah kisahnya melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, membabitkan seorang individu yang menceritakan bagaimana keluarga kakaknya berantakan kerana sifat endah tak endah dan lepas tangan.

Ciapan asal di laman Twitter.

"Ini jadi dekat kakak aku sendiri. Sampai bercerai berai. Kakak aku tu dah ada enam orang anak. Kahwin awal.

"Nak dijadikan cerita, kakak aku tu terjebak dengan permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semenjak tu dia terus gila game.

"Perniagaan yang diusahakan hancur. Kereta mewah pun digadai. Sebab memang fokus hanya pada game. Memang betul-betul melalaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas hitamkan mata anak suka main telefon, wanita ini dedah dirinya pula ‘disekolahkan’ si kecil ketika syok layan filem Tamil

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tanya kenapa buat dia macam ni?” - Komplot berjaya, gadis buat pakwe 'ketagih' PUBG menangis

"Sampaikan anak-anak dia pun mak ayah aku yang jaga, sebab mereka dah sampai tahap terabai," cerita individu itu.

Lebih mendukacitakan apabila si kakak dikatakan tidak berlembut untuk menerima sebarang nasihat dan mempunyai ego yang tersendiri.

"Apabila orang tegur, dia kata hanya content. Nak cari duit. Katanya kalau buat live TikTok tu selalu dapat gift. Entah berapa sen sangat gift dia dapat tu.

Kena ingatkan dalam diri yang kita ada tanggungjawab dan kita akan belajar untuk lebih menyayangi masa.

WARGA MAYA

"Suami tegur pun jadi gaduh, bergelut depan anak-anak sampai mereka trauma. Kecil-kecil lagi anak dia. Sekarang dah bercerai.

"Anak-anak dia semua mak ayah aku yang jaga sekarang," ujarnya.

Jauh di sudut hati, individu berkenaan sangat berharap agar kakaknya dapat berubah dan kembali ke pangkal jalan.

"Aku tak nak cakap lebih-lebih fasal rumah tangga orang sebab aku pun baru je kahwin. Cuma aku selalu doa supaya kakak aku ni berubah.

"Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit tabiat ketagih gaming dia tu. Dan dia dah ingat anak-anak. Tak teruk macam dulu. Apa aku cerita ni, jadikanlah pengajaran.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Janganlah sesekali terjebak dengan game yang melalaikan melainkan kau yakin kau boleh kawal dan bahagi masa dengan baik. Main game tak salah.

"Yang salahnya individu yang terlalu ikutkan hati, main game sampai rosak segalanya. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara begini," katanya itu menoktahkan bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengatakan pembahagian masa ketika bermain permainan video adalah sangat penting.

"Tak salah pun main game nak release stres, cari kawan dan sebagainya. Cuma itulah, kita kena tahu bila nak berhenti bermain. Kena berpada-pada la kata orang.

"Kena ingatkan dalam diri yang kita ada tanggungjawab dan kita akan belajar untuk lebih menyayangi masa.

"Boleh bawa jumpa pakar psikiatri untuk rawatan lanjut kalau dah teruk sangat ketagihan," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain