GARA-GARA sering membuat kejutan mewah untuk isteri, usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad dituduh terlibat dalam perdagangan mata wang atau forex. Malah dia turut didakwa menggunakan hasil daripada aktiviti forex untuk berniaga. "Hafiz Mahamad tu main forex kan? Lepas tu berniaga guna duit hasil main forex. Halal ke forex trading tu? Pandai-pandailah fikir sendiri," demikian dakwa individu yang membuat ciapan berkenaan. Tuduhan terhadap Hafiz tular di Twitter. Untuk rekod berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98, dinyatakan bahawa forex melalui platform elektronik yang ada pada masa ini adalah haram. Ini kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah daripada sisi undang-undang negara. Susulan itu, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad menafikan dakwaan dia terlibat dengan aktiviti forex. "Demi Allah, tak pernah. Saya ni nak tengok komputer, graf tu pun saya pening kepala. Tak pernah. "Saya tak ada masa. Kalau awak tengok story (Instagram) saya hari-hari dari pagi sampai ke malam dengan team je. Tak pernah lagi saya terlibat dengan forex dan trading," kata Hafiz menerusi penjelasannya di Instagram story miliknya pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Mahamad buat isteri menangis lagi... Kali ini bikin kejutan dalam pawagam, hadiah pakej tunai haji ARTIKEL BERKAITAN: Guna 'skil cinta isteri', Hafiz Mahamad buat kejutan lagi! Bagi bonus, bawa staf shopping raya... pekerja tak dihargai ex-boss dihadiahkan kereta Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, usahawan berusia 30 tahun itu tidak menganggapnya sebagai fitnah tetapi cara pihak berkenaan mengenalinya. "Saya tak anggap apa yang mereka cakap tu adalah fitnah. Mungkin itu cara kita mula berkenalan. Ada orang kenal mula-mula dengan cara yang baik, ada orang kenal dengan cara yang macam tu," katanya yang mengusahakan perniagaan kosmetik bersama isteri. Tuduhan terhadap Hafiz itu muncul selepas dia membuat kejutan sempena hari ulang tahun kelahiran isterinya Nursyafiqah Aina Abdul Wahab atau Aina, baru-baru ini. Kejutan Hafiz untuk isteri dan mentua dilakukan di dalam dewan pawagam yang ditempah khas. Memegang rekod 55 kali tanpa gagal dalam membuat kejutan untuk isteri, Hafiz yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu membuat kejutan terbaharu di dalam sebuah dewan pawagam yang disewa khas. Menerusi perkongsian di laman sosial pada Isnin malam, usahawan berusia 30 tahun itu menghadiahkan isterinya dengan menunaikan haji pada tahun ini. Saya ni nak tengok komputer, graf tu pun dah pening kepala. HAFIZ MAHAMAD Menariknya, hadiah tersebut turut bakal membawa kedua-dua ibu bapa mentuanya ke Tanah Suci. Majlis kejutan yang turut dihadiri ibu bapa Aina menyaksikan kesemua mengalirkan air mata kegembiraan selepas visa haji mereka ditayangkan di skrin dalam dewan pawagam. Hafiz (kanan) dan Aina mengusahakan bisnes kosmetik. Mengucapkan penuh kesyukuran, Hafiz menyifatkan dirinya sekadar menumpang rezeki isteri. "Sayang. Allah sayang awak dan abang syukur diizinkannya ‘menumpang rezeki awak. "Sayang, abang nak bercinta dengan awak selamanya. Abang harap awak bahagia. Awak wanita hebat, selamat hari lahir sayang," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!