RAMAI yang berhadapan kesesakan luar biasa hingga perjalanan untuk pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha baru-baru ini memakan masa berpuluh jam. Begitulah lumrah yang dialami warga kota setiap kali mahu pulang beraya di kampung terutama mereka yang menghala ke Pantai Timur. Dalam kesesakan sehingga kereta tidak bergerak, tular video menunjukkan seorang lelaki keluar dari kereta untuk membancuh susu anaknya di but kenderaan ketika cuaca panas View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Begitulah pengorbanan suami kepada Nurul Nuha Khalid demi memberi susu kepada anak perempuan mereka yang berusia 10 bulan. Mesra disapa Nuha, katanya video itu dirakamkan adik iparnya ketika mereka berkonvoi dari Kuala Lumpur pada awal pagi 28 Jun lalu lalu untuk pulang ke kampung di Kelantan. "Masa tu dekat Merapuh, Pahang dengan kesesakan teruk... kereta 'melekat' sampai tak bergerak. Anak saya tiba-tiba menangis nak susu. "Susu yang sedia ada dah habis, jadi kena buat yang baharu dengan bekas susu disimpan di but. Air panas pun cukup-cukup je tinggal untuk buat susu," katanya kepada mStar. Kesesakan di lebuh raya sejak awal pagi. Wanita berusia 36 tahun itu berkata, pada mulanya suaminya mahu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan bagi tujuan itu namun dilakukan di tengah jalan yang sesak. "Suami ketika itu sedang memandu. Tapi saya beritahu tak boleh berhenti di lorong kecemasan, lagipun membahayakan penunggang motosikal yang lalu nanti. "Jadi, suami keluar dari kereta dan saya beralih ke tempat duduk pemandu dari tempat duduk penumpang hadapan. Suami ni jenis berani, dia tak fikir rasa malu buat susu di belakang kereta kerana lebih mementingkan keselesaan anak," ujarnya yang berasal dari Pasir Puteh. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung di Pasir Puteh mengambil masa 18 jam. Menempuh perjalanan selama 18 jam, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, ia merupakan pengalaman pertama suaminya, Muhamad Hafiz Hamizan, 28, pulang beraya di Pantai Timur. ARTIKEL BERKAITAN: Jalan sesak kereta tak bergerak depan rumah, sekeluarga cari pahala tawar tandas percuma! Ada yang check-in macam homestay ARTIKEL BERKAITAN: Raya punya hal, 25 jam harung jalan sesak... lapar dan dahaga 'tak boleh bincang'! Gadis syukur jumpa orang Terengganu baik hati "Sebelum ini saya merupakan ibu tunggal dan baru berkahwin dengan dia pada tahun lepas. Masa kahwin buat di Kuala Lumpur dan kami menetap pun di sini. "Cuti Hari Raya Aidilfitri sebelum ini di kampung suami di Selayang, Selangor. Ini pertama kali suami beraya di Kelantan. Lagipun memang meriah sambut Hari Raya Haji di Kelantan," katanya. Anak perempuan Nuha berusia 10 bulan. Menurut Nuha lagi, suaminya memang tidak kekok untuk membuat susu anak kerana sudah terbiasa melakukannya di rumah terutama pada waktu pagi. "Suami memang rajin buat susu untuk anak pada waktu pagi, terutama ketika saya sedang sibuk atau anak menangis. Suami memang rajin buat susu untuk anak pada waktu pagi, terutama ketika saya sedang sibuk atau anak menangis. NURUL NUHA KHALID "Masa jalan sesak hari tu pun, berkali-kali juga suami tolong bancuhkan susu dan tukarkan lampin untuk anak," katanya yang bertugas sebagai eksekutif pentadbiran. Nuha berkata, walaupun pengalaman pertama kali, suaminya kini akui cabaran yang dihadapi warga kota setiap kali pulang ke kampung di Pantai Timur. Nuha (dua, kanan) bersama suami (kiri) dan anak-anak. "Sampai susu dalam bekas simpanan pun dah nak habis. Air panas pun habis sebab bancuh berkali-kali. Mujur ada air mineral yang dari sejuk jadi panas sebab bahang cuaca panas. "Kami berhenti pun untuk isi minyak dan beli air. Tapi suami tak serik, cuma katanya selepas ini kena balik kampung lebih awal untuk elak 'sangkut' dalam kesesakan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube