suria

Taktik licik ‘merembat’ di butik buat ramai risau pelanggan tak dibenar cuba pakaian, CCTV dipasang di fitting room

Pendedahan mengenai tanda harga yang dicabut dari pakaian di sebuah butik terkemuka.

AWAL tahun ini masyarakat digemparkan dengan kamera tersorok yang dipasang di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka.

Rakaman yang tersebar luas itu menunjukkan pelbagai aksi pelanggan yang sedang mencuba pakaian.

Bagaimanapun, media sosial kini kecoh pula dengan insiden juga dalam bilik persalinan, yang berlaku di sebuah butik pakaian terkemuka.

Bukan rakaman aksi pelanggan, sebaliknya pendedahan yang dibuat oleh seorang pekerja butik mengenai sikap segelintir pengunjung yang 'merembat' (mencuri) pakaian.

Seorang pekerja membuat pemeriksaan di bilik persalinan.

Mereka menjadikan bilik persalinan sebagai modus operandi melakukan perbuatan terkutuk memandangkan ruangan itu tidak dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) demi menjaga privasi.

Banyak kepingan tanda harga termasuk yang mempunya kod bar ditemui di celah-celah besi dan tempat penyangkut baju.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai rasa tak selamat nak cuba pakaian dapat tahu ada CCTV dalam fitting room! Siapa pula kantoi 'projek' dalam tu?

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai 'mask' bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

Dipercayai tanda harga berserta kod bakar itu dicabut daripada pakaian yang dijual bagi mengelakkan bunyi penggera di pintu keluar butik.

"Cara baharu barang kena rembat (curi). Laju je pelanggan buat kerja dalam fitting room," menurut keterangan video.

Tanda harga disembunyikan di celah besi penyangkut pakaian.

Setakat ini, video berdurasi 33 saat yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih dua juta tontonan.

Rata-rata netizen bagaimanapun memaklumkan ia bukanlah taktik baharu untuk mencuri baju berjenama kerana ia sering berlaku di butik-butik pakaian terkemuka.

Mungkin mereka cakap item tu mereka nak (beli). Tapi sebenarnya tak sampai kaunter pun.

netizen

Perkara tersebut diakui sendiri oleh beberapa individu termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja di sebuah butik.

"Itu bukan cara baharu. Itulah cara lama yang saya kerja promoter dulu. Banyak gila pencuri buat macam tu sampaikan barang kurang habis," katanya.

Antara komen netizen.

Malah, terdapat persoalan yang ditujukan mengenai pekerja butik yang bertugas di bahagian bilik persalinan kerana sesetengah premis akan memeriksa jumlah pakaian yang dibawa masuk terlebih dahulu untuk dicuba pelanggan.

"Mungkin mereka cakap item tu mereka nak (beli). Tapi sebenarnya tak sampai kaunter pun. Saya dulu kalau dah duduk kat fitting room memang kat situ je lah, apa jadi kat luar tak tahu," jelas seorang netizen.

Pada masa sama, ramai yang bimbang kes kecurian akan berleluasa dengan pendedahan taktik yang berlaku di dalam bilik persalinan.

"Lepas ni mesti tak boleh masuk fitting room cuba baju.

"Letak CCTV dalam tu baru tahu," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain