suria

Bayar RM2 dapat nasi putih, seketul ayam goreng saiz ibu jari! Netizen sedih tengok menu kantin sekolah - “Tak sampai hati hidang macam tu”

Tular gambar di sebuah kantin sekolah mendakwa makanan yang dijual tidak berpadanan dengan harga.

MENU yang berkhasiat dengan gizi seimbang merupakan syarat yang dikenakan untuk penjualan makanan di kantin sekolah.

Alangkah bahagianya ibu bapa jika melihat makanan yang bersusun di kaunter kantin sekolah anak-anak mereka adalah hidangan yang bukan sahaja menyihatkan malah menyelerakan.

Namun satu perkongsian yang tular baru-baru memaparkan hidangan di kantin sebuah sekolah, mengundang perhatian warga maya.

"Sekolah kebangsaan, RM2 nasi dengan ayam sebesar itu. Anda nilaikanlah," demikian kapsyen yang ditulis dalam hantaran yang dikongsikan di sebuah grup Facebook.

Turut dimuat naik adalah sekeping gambar di kantin sekolah tersebut, di mana kelihatan antara menu yang dijual adalah sepinggan nasi putih bersama seketul ayam goreng bersaiz kecil.

lauk 1

Seorang netizen membuat perbandingan menu yang dihidangkan di sekolah anaknya yang berharga RM2.50. -Gambar Facebook

Menurut lokasi di dalam hantaran berkenaan, sekolah tersebut dipercayai terletak di Tapah, Perak.

Tidak dapat dipastikan identiti individu yang merakam gambar tersebut namun berkemungkinan ibu bapa kepada pelajar di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kesiannya yang bawa RM1 tu” - Abang Kantin ‘next level’ layan murid baru masuk sekolah, tenang ‘handle’ pelajar susah

ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari dapat makan percuma, nenek kantin tolak tiap kali hulur duit... Selepas 5 tahun gadis ini buat ‘drama’ air mata

Segelintir daripada mereka berpandangan harga yang dikenakan untuk hidangan tersebut adalah berpatutan.

"Nasi seriinggit (RM1), Ayam seringgit. Dekat mana mahal dia? Kalau rasa mahal bekalkan anak makanan dari rumah.

"Kalau RM2 dia kata mahal? Sepatutnya kena jual berapa? Nak tahu juga.

"Berniagalah dulu baru tahu berapa kos bahan mentah yang diperlukan," demikian antara komen netizen.

Kalau aku yang niaga, tak sampai hati nak hidang makanan macam tu. Kalau adah habis bajet pun buatlah nasi goreng.

NETIZEN

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan supaya ibu bapa menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak sekiranya tidak berpuas hati dengan harga ataupun penyediaan makanan di kantin.

"Zaman sekarang seeloknya bawak bekal je dari rumah. Kalau dulu 60 sen sepinggan makan dekat sekolah pun dah kenyang tapi sekarang hurmmm.

"Bangun awal pagi, siapkan bekal anak-anak. Kalau anak-anak ramai bersekolah, lebih jimat masak sendiri," komen mereka.

Namun ada yang berpandangan, isu yang mahu diketengahkan bukanlah soal harga makanan, sebaliknya cara penyediaan oleh pihak kantin yang terlalu menyedihkan.

lauk 2

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Kalau aku yang niaga, tak sampai hati nak hidang makanan macam tu. Kalau adah habis bajet pun buatlah nasi goreng, rencah isi ayam bagilah seorang sikit... janji murid kenyang.

"Beli dekat luar bagi anak bawa ke sekolah lagi berbaloi. Jauh lebih sedap, harga pun berpatutan di luar.

"Aku tak kata mahal. Cuma aku rasa kecil sangat ayamnya. Kesian budak-budak. Kalau ini lauk untuk budak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) lagilah kesian," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain