suria

Wanita India amal 3 ajaran Islam dalam hidup, ramai terpaku bahasanya secantik senyuman

Pavindra mengamalkan beberapa ajaran Islam dalam kehidupan hariannya.

KEPELBAGAIAN kaum, agama dan budaya yang wujud di negara ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

Ia dibuktikan lagi dengan video tular, memaparkan seorang wanita India yang turut mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya.

Menurut Pavindra Ragonathan, dia belajar tentang kebaikan berdoa pada hari Jumaat sehingga amalan itu menjadi kebiasaan buatnya.

pav1

Video dikongsi wanita ini raih lebih sejuta tontonan.

"Tiga pengajaran (ajaran) dari Islam yang saya amalkan sampai sekarang. Yang pertama adalah berdoa waktu hujan. Lagi-lagi kalau hari tu hari Jumaat.

"Dari dulu sampai sekarang, kalau hujan memang saya akan berdoa. Tak kisah la, kalau hujan je saya berdoa," ujar Pavindra memulakan bicara.

Selain berdoa ketika hujan, Pavindra juga tertarik akan konsep sedekah dalam Islam dan mengamalkannya kerana menganggap ajaran agama lain juga satu ilmu buatnya.

Agama itu adalah ilmu dan ilmu itu luas.

PAVINDRA RAGONATHAN

"Yang kedua senyuman itu sedekah. Kita tak perlu memberi beratus-ratus, beribu-ribu (wang) kepada orang yang memerlukan. Kita bagi apa yang kita mampu saja.

"Kadang-kadang senyuman kita tu boleh membuatkan orang lain bahagia. Ketiga adalah jangan kedekut dengan ibu bapa, dengan adik-beradik. Berkongsi rezeki dengan mereka.

"Sekali-sekala belanja makan. Tak kisahlah, kawan pun boleh, rakan sekerja pun boleh. Sebab apa, dalam rezekiku, ada rezekimu jua. Agama itu adalah ilmu dan ilmu itu luas," ujar Pavindra lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran India nak bertunang, tetangga Melayu pula sibuk merewang... Paling menarik ada pelamin bunga-bunga dalam rumah!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda India peluk Islam selepas 5 tahun bercinta dengan awek Melayu, tiba-tiba putus... Adam nak mulakan hidup baru!

Video yang dikongsi Pavindra meraih 1.4 juta tontonan selepas ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai umat Islam di negara ini memuji Pavindra dan berharap kisahnya memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

"Menitis air mata bila dengar macam ni. Terbaik you.

"Non muslim pun tahu. Ni ada sesetengah orang Muslim tahu tapi tak buat pun.

file76wx7qtbf0j19e8t8k0d

Amalan bersedekah sememangnya dituntut dalam Islam. -Gambar hiasan

"Betul sangat sis. Terbaik, semua agama itu mengajar perkara yang baik-baik," tulis beberapa netizen.

Selain itu, netizen turut memuji rupa paras Pavindra serta kefasihannya bertutur bahasa Melayu dalam video berkenaan.

"Sangat cantik bahasa awak secantik dan semanis senyuman.

"Patutlah muka dia manis. Rupanya suka sedekah senyuman," tulis pelayar TikTok lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain