WANITA yang baru melahirkan anak berisiko mengalami kemurungan teruk dalam fasa berpantang. Situasi itu turut dihadapi seorang wanita dikenali sebagai Mira yang mendakwa dia tertekan kerana terpaksa berpantang dalam keadaan serba kekurangan. Ujian demi ujian menimpa Mira yang mana dia bukan sahaja dipulaukan segelintir ahli keluarga, malah turut dihalau keluar dari rumah sewa ketika masih berpantang. Proses kehamilan merupakan fasa yang mencabar untuk wanita. -Gambar hiasan "Aku ni baru habis pantang. Emosi aku, aku dengan anak aku, dengan macam-macam ujian. Aku susah. Sampai anak aku bagi air suam. Aku memang dah gila dengan pantang. Aku terseksa dalam pantang. "Aku ni masa senang tolong adik-beradik aku. Tapi macam ni keadaan aku, aku kena halau keluar rumah sewa. Aku sakit sebab bekerja dalam pantang, sebab aku susah gila. Allah uji aku," ujar wanita itu teresak-esak. Rakaman mesej suara (voice note) Mira yang dihantar kepada ahli keluarganya turut tular di aplikasi TikTok sehingga meraih hampir sejuta tontonan. Mira tumpah darah kat hospital sampai pucat. Doktor kata jangan balik, tapi Mira nak balik sebab tuan rumah dah mesej halau. MIRA Menerusi mesej suara itu, Mira juga berkata dia pernah mendoakan bayi dalam kandungannya mati kerana masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata. "Aku tak pernah jadi gila macam ni. Aku ni kalau kata aku nak bunuh anak-anak aku, aku bunuh dah. Hangpa tahu tak? Sepanjang Mira mengandung, Mira hari-hari doa dia mati dalam perut. Doa dia mati. "Lepas bersalin, Mira cakap nak bagi kat orang. Mira tak mampu. Mira frust sebab ambil perancang. Bukan Mira nak mengandung tapi Allah bagi juga. Hari-hari Mira stres," luah Mira yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU). ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mesej emak, beritahu tak mahu teruskan hidup” - Kulit muka teruk, dipukul dan dihentak sehingga ganggu otak... gadis ini derita depresi ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun dibelenggu depresi, 2 kali jalani ujian mental... gadis ini tepis stigma jumpa psikiatrik ertinya gila - “Kalau bunuh diri, sia sia usaha arwah mama...” Tambah Mira, ujian berat yang menimpa membuatkan dia kenal sifat sebenar ahli keluarganya kerana ada dalam kalangan mereka yang tergamak menyisihkannya. "Aku dah la anak miskin, tak boleh bagi duit. Tak boleh senangkan mak ayah. Aku tak tipu. Aku sakit dalam pantang. Mira tak kuat. Mira takut anak-anak jadi mangsa keadaan. "Mira tumpah darah kat hospital sampai pucat. Doktor kata jangan balik, tapi Mira nak balik sebab tuan rumah dah mesej halau. Mira tak cerita semua ni. Simpan semua sendiri. "Mira malu minta duit kat adik-beradik. Mira malu orang hina, cakap macam-macam. Allah uji Mira sebulan je. Tapi Mira nampak siapa yang tolong, siapa yang hina Mira," luahnya sebak. Mira bagaimanapun tidak menjelaskan keberadaan suaminya dan mendedahkan dia kini menawarkan khidmat pembersihan di sekitar Pulau Pinang untuk menyara kehidupan. Banyak wang perlu dibelanjakan untuk keperluan bayi. -Gambar hiasan Kisah Mira menjadi perhatian ramai selepas seorang TikToker, Aifa Azlan memuat naik rakaman voice note itu ke platform TikTok pada Ahad. Menurut Aifa, dia dihubungi Mira yang mahu berkongsi masalah dengannya, namun wanita OKU itu enggan menerima sebarang bantuan kerana tidak berniat menagih simpati. "Aifa tak kenal dan tak pernah jumpa dia. Cuma dia cakap dia dah lama follow Aifa. Dia WhatsApp Aifa just untuk bercerita. Sebab dia tahu Aifa dulu pernah depresi. "Jadi dia yakin Aifa akan faham apa dia rasa. Aifa ada minta nombor akaun nak bagi sedikit sumbangan tapi dia tak nak. Dia cuma minta Aifa doakan dia murah rezeki, Dia kerja bersihkan rumah orang, servis cleaning. "InsyaAllah Aifa akan post pasal servis cleaning dia supaya orang berdekatan boleh support dia," ujar Aifa kepada mStar. Untuk rekod, Aifa mempunyai hampir 300,000 pengikut di TiKTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube