suria

Wanita kritikal terkandas di hospital Bali, perlu bantuan rakyat Malaysia - “Baru tahu ada sakit jantung sejak lahir”

Wanita ini sedang bercuti di Bali, indonesia apabila dia jatuh sakit secara mengejut.

PERCUTIAN ke Bali, Indoneisa bertukar ngeri!

Begitulah yang dialami seorang rakyat Malaysia ini apabila dia sakit secara mengejut dan kini terkandas di negara jiran tersebut.

Senang disapa Ira atau nama sebenarnya Nur Athirah Talib, 36, dia pada mulanya mengadu rasa sakit dada sebelum rebah tidak sedarkan diri.

Ira (kiri) bersama rakannya yang dikenali sebagai Cindy.

Bercerita kepada mStar, sahabatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Cindy berkata ketika kejadian, Ira sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali untuk berangkat pulang ke Malaysia.

"Dia datang bercuti ke Bali dengan rakan sekerjanya pada 3 September dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 September, percutian untuk sambut birthday Ira, tapi tak sangka macam ni pula jadinya.

"Waktu Ira tiba-tiba mengadu sakit dada, kawan-kawan dia terus dapatkan pihak berkuasa di airport tu, minta pasukan perubatan cepat datang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa macam nak pengsan” - Hampir 2 tahun terkandas di luar negara, selepas pulang wanita tergamam tengok kediaman jadi ‘rumah hantu’

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak apa, mungkin rezeki saya di Malaysia” - Tak sanggup tanggung rindu, wanita resign kerja di luar negara... kepulangan mengejut buat 4 anak mengalir air mata

"Keadaan Ira semakin lemah dan denyutan jantung dia berhenti. Pasukan perubatan cuba buat resusitasi kardiopulmonari (CPR).

"Apabila keadaan Ira dah stabil sedikit, dia dibawa ke BIMC Hospital Kuta Bali, sebuah hospital swasta berhampiran airport untuk rawatan lanjut," kata Cindy yang mula mengenali Ira pada 2014 dan kekal akrab semenjak itu.

Ketika ini, Ira masih belum sedarkan diri dan sedang dipantau rapi oleh ahli perubatan hospital berkenaan kerana keadaannya yang kritikal.

Dana yang berjaya dikumpulkan setakat ini baru mencecah RM63,000. Masih banyak yang diperlukan untuk bawa Ira pulang ke tanah air.

CINDY

"Apabila doktor di hospital tu check, baru dapat tahu yang Ira sebenarnya menghidap Wolff-Parkinson-White (WPW), satu penyakit berkaitan jantung yang wujud sejak kelahiran.

"Tapi Ira sebelum ni sihat je, tak pernah pula dia tunjuk apa-apa masalah kesihatan, mungkin sekarang baru nampak kot.

"Doktor beritahu harapan sembuh tu ada tapi untuk kembali sihat seperti sedia kala, itu tak pasti lagi," kata Cindy yang pernah bekerja bersama Ira di sebuah kedai barangan kemas sebelum ini.

Keluarga dan kenalan terdekat menyimpan harapan besar untuk membawa Ira pulang ke Malaysia agar dapat dirawat di tanah air sendiri, namun terhalang kerana memerlukan kos perbejanjaan yang besar.

"Ira tak boleh dibawa pulang begitu sahaja kerana keadaannya yang tenat, dia memerlukan helikopter ambulans dan doktor pengiring agar perjalanannya pulang ke Malaysia selamat.

Cindy berharap agar ada sinar harapan untuk rakannya yang sedang bertarung nyawa di hospital.

"Tapi semua tu memerlukan kos yang sangat banyak, anggaran dalam RM160,000. Itu tak termasuk lagi kos harian rawatan hospital, bil setakat 10 September dah sekitar RM60,000.

"Lagi lama di sini (Bali) akan lagi mahal. Ira juga tidak ada mengambil sebarang travel insurance untuk memberikan perlindungan kepadanya.

"Kami hanya mahu Ira pulang semula ke Malaysia, ke rumahnya tapi kewangan kami terbatas," kata Cindy buntu.

Cindy dan rakan-rakannya ada cuba meminta derma kilat, namun jumlah yang berjaya dikumpulkan setakat ini masih belum memadai.

Ira sudah berkahwin dan suaminya berkhidmat dengan TUDM.

"Dana yang berjaya dikumpulkan setakat ini baru mencecah RM63,000. Masih banyak yang diperlukan untuk bawa Ira pulang ke tanah air.

"Saya, rakan-rakan dan keluarga Ira sedang berusaha bertungkus-lumus, sebarang bentuk bantuan sangat kami alu-alukan. Mohon bantu kami, sesiapa sahaja pun," kata Cindy.

Difahamkan Ira bekerja sebagai seorang moderator untuk satu platform digital.

Untuk maklumat lanjut atau urusan menyalurkan bantuan, boleh hubungi adik Ira, Shaqina di talian 013-6322827.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain