KRISIS kekurangan bekalan beras putih tempatan yang harganya lebih murah kerana dikawal kerajaan terus berlarutan disebabkan permintaan yang tinggi. Pun begitu ia dikatakan menjadi punca kepada peningkatan harga beras putih import pada masa ini. Situasi yang berlaku itu menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat sehingga menyebabkan para pesawah berhasrat untuk memproses dan menjual beras yang dihasilkan mereka. Mesin proses padi bersaiz kecil dikatakan dapat membantu mengawal harga dan kuantiti beras. Mana tidaknya, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan mesin untuk memproses padi yang bersaiz kecil. Menerusi kapsyen, pemilik video, jeniangshcare seolah-olah menyeru penduduk Kedah yang merupakan pesawah untuk membeli mesin tersebut. Malah dia menyatakan ingin memproses serta menjual beras yang dihasilkan secara individu itu kepada penduduk setempat. ARTIKEL BERKAITAN: Bengang pisang goreng nipis macam kerepek! Pelanggan masih jaga aib penjual, tak sampai hati dedah lokasi gerai ARTIKEL BERKAITAN: Cucur cempedak RM2 seketul mahal atau berpatutan? Ramai saran beli buah goreng sendiri, tak guna merungut "Wahai rakyat Kedah yang pesawah, jom beli... kita tanam, kita proses dan kita jual beras sendiri pada orang kampung kita," tulisnya sambil menambah ia sekadar cadangan. Video yang dikongsikan itu mendapat lebih satu juta tontonan kerana proses yang dilakukan bermula daripada padi antah sehingga terhasilnya beras putih. Kebanyakan warga maya setuju dengan cadangan tersebut dan berharap mereka yang memproses sendiri padi akan memaklumkan kepada umum apabila jualan dilakukan. Kena buat macam ni, barulah kartel mengelupur... cadangan yang baik untuk pesawah. WARGA MAYA "Setuju sangat... apabila mula jual maklum sama ya. "Setuju! Utamakan beras untuk orang kampung dan daerah yang tanam dulu. Selepas tu baru untuk agama dan bangsa, yang hancur baru bagi kat negara. "Kita proses sendiri, jual dalam negeri saja. Kita wujudkan jelapang padi semula. Antara reaksi warga maya. "Semua pesawah beli mengikut kawasan tapi nanti akan disekat dengan lesen pula. Idea dah menarik," ujar beberapa warga maya. Sesetengah netizen yang beranggapan terdapat campur tangan kartel dan orang tengah dalam penjualan merasakan langkah itu dapat menghentikan monopoli sekali gus menurunkan harga beras. "Kena buat macam ni, barulah kartel mengelupur... cadangan yang baik untuk pesawah. "Alhamdulillah banyak bangsaku yang buka mata. Tak mahu ada orang tengah. "Baru goyang kartel semua, mereka ingat Melayu tak boleh buat. "Sekurang-kurangnya ada cara untuk kawal harga beras yang melambung naik," ujar beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube