DI sebalik kecanggihan teknologi hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang masih percaya dengan 'kehebatan' pemakaian susuk. Terbaharu, seorang doktor tular apabila dia mendedahkan kisah seorang pesakit wanita yang didakwa mengamalkan pemakaian susuk sehingga ke hujung usianya. Imbas Dr Razif, dia berdepan peristiwa berkenaan ketika ditempatkan di sebuah hospital di Kedah sebagai doktor pelatih dan kejadian itu masih segar dalam ingatannya sehingga ke hari ini. Jarum susuk jelas dapat dilihat menerusi imbasan yang dibuat di hospital. "Seorang pesakit wanita berusia lingkungan 60-an dimasukkan ke wad. Sebab angin ahmar atau strok. Sebelah badan lumpuh. Saya panggil dia sebagai makcik A. Sebab strok tu, makcik A tak boleh bercakap tapi dia sedar, boleh respons kalau dipanggil. "Bila ada pesakit baharu masuk, saya buat rutin admission makcik A macam biasa. Sejarah penyakit, ubatan dan soalan-soalan berkaitan hal kesihatan makcik A saya kena tanyakan pada anak yang menjaga makcik A waktu tu. "Makcik A tak boleh menelan. Tapi tiub hidung ke perut telah dipasang. Petang tu saya check result darah, CT-scan, x-ray dan ubat-ubat makcik A. Bila tengok je imbasan dada makcik, terkejut saya bila jelas kelihatan jarum susuk dalam CT-scan dan x-ray dada makcik tu," ujarnya. Saya gagal selamatkan akidah makcik A walaupun saya mampu ketika itu. DR RAZIF Jelas Dr Razif, imbasan yang diperolehi menunjukkan adanya jarum misteri pada empat kawasan iaitu mata, muka, leher serta dada pesakit wanita berkenaan. Entah apa yang meracuni fikirannya, Dr Razif berkata dia hanya mampu bertindak mengunci mulut tentang perkara itu sehingga kes berkenaan 'menghantui' hidupnya sehingga ke hari ini. "Saya yakin anak dia tak tahu tentang perkara ini. Tapi saya gagal beritahu pada anaknya. Kenapa saya menyesal sampai sekarang? Sebab saya tak maklumkan pada anak makcik A dan saya gagal cegah benda mungkar yang berlaku depan mata. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita makan daging, ayam dan ikan mentah tenang dituduh berdamping syaitan, pakai susuk - “Rasa sama macam sushi” ARTIKEL BERKAITAN: Bibik pengsan waktu Maghrib, menjerit dengar bacaan Yasin... Ustaz dapat bongkar, rupanya angkara pakai susuk "Saya gagal selamatkan akidah makcik A walaupun saya mampu ketika itu. Jarum susuk kita panggil charm needle adalah sejenis sihir. Saya berharap makcik A sempat bertaubat dan buang susuk tu," ujarnya lagi. Dalam hantaran itu, Dr Razif sempat memuji anak pesakit itu yang disifatkannya memiliki perwatakan terhormat dan pandai menjaga ibunya yang sedang dirawat di hospital. Perkongsian Dr Razif mengenai kisah susuk pesakit itu meraih hampir sejuta tontonan di aplikasi TikTok dan ia turut dihujani komen netizen. "22 tahun berkhidmat, susuk boleh nampak dalam X-Ray. Ramai orang pakai, paling ramai pakai perempuan. Perkongsian Dr Razif mengenai susuk tular di aplikasi TikTok. "Sepupu saya kerja hospital, bahagian X-Ray. Memang dia kata selalu sangat jumpa orang pakai susuk. "Ya, saya juru X-Ray selalu juga jumpa dalam gambar X-Ray benda-benda macam ni. Bukan dekat muka saja, dekat kaki dan perut pun ada," tulis beberapa netizen. Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berkaitan saka, susuk dan sihir termasuk dalam dosa besar yang boleh membawa kepada syirik (menyekutukan Allah dengan sesuatu). Memakai susuk bagi tujuan kecantikan adalah haram kerana terdapat unsur pemalsuan dan juga unsur penipuan terhadap orang yang melihatnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube