BUKAN sekadar drama televisyen, kisah perkahwinan melibatkan 'pak sanggup' sebenarnya wujud. Mahu menutup aib keluarga dijadikan alasan, maka jalan penyelesaian diambil begitu singkat sehingga terpaksa melukakan hati individu yang tidak bersalah. Begitukah dilema seorang pemuda yang dipaksa berkahwin dengan bekas teman wanitanya demi menjaga air muka bapa serta keluarga. Pemuda yang tidak didedahkan identitinya berkata, situasi berlaku bermula dari satu fitnah yang ditabur oleh bekas kekasihnya sendiri, mendakwa sedang hamil kerana mereka terlanjur. Benar, bekas kekasihnya hamil tapi 'benih' daripada tunang kepada wanita itu yang tidak mahu bertanggungjawab. "Yang tanggungnya pula saya. Saya terpaksa kahwin demi jaga air muka ayah saya. "Dia (bekas teman wanita) jumpa ayah dan cakap saya dengan dia pernah terlanjur. Sepanjang dengan dia, saya tak pernah sentuh dia. Ujian DNA dilakukan untuk mengenalpasti identiti seseorang individu. -Gambar hiasan "Ayah marah-marah, mahu saya kahwin dengan dia demi menjaga nama baik keluarga," luahnya. Gara-gara dakwaan bekas kekasih, dia dan bapanya bergaduh besar kerana enggan menuruti permintaan tersebut. Biarpun cuba mempertahankan diri dengan menceritakan perkara sebenar, namun malangnya bapanya memilih untuk tidak mempercayai anak sendiri. Buat ujian DNA, dapat result, kau fotostat banyak-banyak bagi dekat ayah kau, ayah mentua dan semua keturunan kau dan dia. NETIZEN "Saya berat hati nak kahwin sebab saya terlampau sayangkan teman wanita saya sekarang. Terlalu banyak dugaan Allah beri," ujarnya dengan nada sebak. Tiada pilihan, pemuda itu terpaksa mengorbankan perasaan sendiri dan teman wanitanya dengan mengahwini bekas kekasih. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami habis belajar 2026, wanita tak sanggup tunggu lama... Netizen kata belum kahwin dah nampak mental tak kuat! ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘tersakiti’ sanggup naik bas, sewa kereta demi jumpa GF kurang 10 minit! Selepas pulang dapat mesej bikin meleleh air mata Bagaimanapun, perkahwinan pada Jun lalu itu diteruskan atas dasar terpaksa itu akhirnya bakal berakhir. "Saya sekarang dalam proses bercerai," katanya lagi. Luahan pemuda malang itu dikongsikan di laman X @twtmalaywedding dengan warga maya memberikan pandangan supaya lelaki tersebut tidak berputus asa dalam menegakkan keadilan. Antara saranan daripada netizen. "Buat laporan polis, upah peguam dan saman perempuan tu. Jangan biar hidup anda dimusnahkan. "Buat ujian DNA, dapat result, kau fotostat banyak-banyak bagi dekat ayah kau, ayah mentua dan semua keturunan kau dan dia. Lepas tu cerai, kau blah cari hidup dan bahagia sendiri. "Bawak ke mahkamah syariah, cabar atas tuduhan qazaf. Kebenaran akan tertegak apabila kita tahu tempatnya. "Kau dah besar. Boleh saman fitnah. Saman bapa kau sekali sebab ganggu emosi kau," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube