suria

Luluh hati isteri lihat gumpalan rambut dalam laksa... Usahawan ‘penat’ 2 kali rebus tetap ada, netizen cadang buat ujian DNA

Syed (kanan) dan isteri kecewa apabila segumpal rambut ditemui dalam rebusan laksa.

HASRAT seorang usahawan dan isterinya mencari rezeki dengan menjual laksa tidak kesampaian apabila mengalami kejadian misteri ketika melakukan persiapan untuk berniaga.

Menerusi satu perkongsian video, pasangan itu dengan wajah muram diuji apabila tiba-tiba muncul segumpal rambut di dalam laksa yang direbus.

Menurut Syed Muhammad Shah Hasif, mereka bangun seawal pagi untuk membuat persiapan untuk menjual sajian tersebut yang mendapat sambutan ramai.

"Ya Allah, isteri menangis jadinya. Tak apa bukan rezeki kita. Cuma penat sangat sebab pagi-pagi dah bangun mekapkan dia.

Segumpal rambut dijumpai dalam laksa yang direbus.

"Sudahlah tak rehat ada event seharian. Hari ini (Ahad) cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat, rindu nak makan laksa kami. Maafkan kami.

"Kami tak kuat dah. Saya tinggalkan mi laksa sekejap je sebab mekapkan isteri sambil tunggu siap masak. Alih-alih ini jadinya," ujarnya sambil menunjukkan beberapa helaian rambut yang panjang.

Cuba untuk meyakinkan bahawa rambut yang ditemui bukan disebabkan kesilapan sendiri, Syed dan isteri sekali lagi merebus laksa.

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam hilang angkara sihir! Wanita mimpi gambar dipuja, kulit sakit rasa dihiris... Ramai takut nak sidai baju luar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Terlampau ikut trend media sosial, netizen dedah pasangan sama-sama sulung terdedah sihir! Kononnya darah anak pertama ada sakti

Namun sangkaan mereka meleset, apabila Syed menunjukkan masih terselit beberapa helaian rambut panjang di sebalik laksa yang baru direbus selepas ditapis.

Menerusi video berdurasi lima minit itu, Syed dan isteri mengakui kecewa dengan insiden yang berlaku, dengan mendakwa angkara hasad dengki pihak tertentu.

“Alih-alih ini jadinya. Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni,” luahnya.

Keadaan di luar jangkaan itu membuatkan bisnes laksa mereka tidak dapat beroperasi pada Ahad.

Syed meluahkan rasa terkilan selepas mengalami kejadian misteri.

Malah, kekecewaan itu menyebabkan Syed tidak dapat mengawal perasaannya sehingga mencampakkan bakul yang mengandungi laksa ke dalam singki.

Disebabkan kesuntukan masa untuk membuat persiapan, Syed dengan berat hati memaklumkan mereka tidak berniaga pada hari tersebut.

"Sekarang dah pukul 7 pagi. Kalau ikutkan perancangan, pukul 9 pagi kami mula berniaga laksa.

"Kami minta maaf sebab rasa tak boleh (berniaga). Setiap kali rebus ada rambut. Kejadian sebelum ni jadi balik," kata pasangan itu dengan nada terkilan.

Pernah kena macam ni habis satu periuk kuah laksa. Terus buang. Masa tu buang meremang bulu roma

NETIZEN

Setakat ini, video luahan pasangan itu meraih lebih 1.2 juta tontonan di TikTok, dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tidak terkecuali, segelintir netizen berkongsi pengalaman melalui kejadian yang sama.

“Pernah terjadi kepada diri sendiri. Masak kuah laksa malam sebab esok nak berniaga. Bangun pagi nak panaskan, buka tudung periuk ulat penuh.

“Pertama kali tengok secara langsung keluar rambut. Nampak sangat orang buat. Ada pengalaman busuk hati. Dari pihak saya, doakan dipermudahkan urusan.

Antara komen netizen pada video.

“Sudah pernah kena macam ni habis satu periuk kuah laksa. Terus buang. Masa tu buang meremang bulu roma," komen netizen.

Selain itu, ada juga netizen yang menyamakan rambut tersebut dengan rambut pontianak yang biasanya dikenali dengan figura berambut panjang.

Pada masa sama, mereka yang lain turut mencadangkan supaya pasangan tersebut membawa gumpalan rambut itu untuk diperiksa melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Hantar untuk ujian DNA, tahulah tu rambut siapa," ujar netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain