suria

Pakcik menyesal bagi muka! Penyewa cabut lari tinggalkan rumah bersepah, setahun tak bayar sewa sampai hutang lebih RM10,000

Penyewa perlu menjaga rumah sewa dengan baik. -Gambar hiasan

SIAPA yang tidak berang sekiranya penyewa sengaja membiarkan sewa rumah tertunggak berbulan-bulan.

Seorang wanita terpaksa membuat pendedahan di media sosial, gara-gara penyewa yang tinggal bersama keluarga enggan membayar sewa rumah selama setahun.

Malah, mereka tergamak meninggalkan kediaman yang dihuni lebih setahun itu tanpa sebarang notis, sebagai cubaan untuk mengelak daripada membayar tunggakan sewa termasuk bil utiliti.

"Tak bayar sewa dah satu tahun, lepas tu tinggalkan rumah bersepah dengan bil elektrik dan air tak bayar," katanya dengan nada kesal.

Menurut wanita itu, penyewa sebelum ini pernah membayar sewa namun sering kali tertunggak dengan pelbagai alasan yang diberikan.

Ramai mencari bilik atau rumah sewa di kawasan perumahan teres. -Gambar hiasan

Penyewa dikatakan liat membuat bayaran setiap bulan meskipun diminta oleh tuan rumah berkali-kali.

"Masa mula-mula duduk, ada bayar itupun sekali untuk tiga bulan. Apabila telefon, bagi macam-macam alasan. Tak ada duit lah, anak kecil lagi lah, tak boleh bayar lagi lah.

"Kadang tu telefon sampai tak angkat langsung. Orang dah buat baik kau balas macam ni," ujarnya.

Walau bagaimanapun, wanita ini masih bertimbang rasa memikirkan penyewa sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah untung besar, ubah suai pangsapuri jadi ‘penthouse’ 6 bilik... Kutip sewa lebih RM2,000 tapi bayar bank cuma RM800 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah caj RM250 sebulan untuk tidur di dapur... Netizen bagi idea buat duit extra, suruh tambah toto depan sinki!

Namun, penyewa mengambil kesempatan atas keprihatinan tuan rumah dengan tidak membayar sewa yang berlarutan sehingga mencecah lima angka.

"Sekarang ni dia dah hutang RM7,200 untuk sewa rumah, RM3,500 untuk bil elektrik, jumlah tu je RM10,700. Kami masih ada hati perut sebab anak dia kecil lagi, tapi kenapa dia balas macam ni.

"Bukan dua atau tiga bulan, tapi setahun kami bagi muka. Dia tinggalkan rumah macam tu je," katanya.

Menerusi pendedahan itu, wanita berkenaan turut berkongsi tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp.

Saya dah rasa macam pengemis nak kutip hutang rumah sendiri.

NETIZEN

Perbualan itu menunjukkan luahan kekecewaan seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai 'pakcik' dipercayai pemilik sebenar rumah sewa tersebut.

Bukan sekadar tidak membayar tunggakan sewa, malah rumah sewa dibiarkan berselerak dan tandas mengalami kerosakan.

"Ada ke patut kamu buat rumah pakcik macam tu sekali? Ini ke cara kamu apabila dah dibantu masa susah, kamu balas sebegitu rupa. Seolah-olah membalas dendam ke atas pakcik.

"Kamu tinggalkan rumah pakcik dengan musnahkannya. Memang kamu seorang yang tidak bertanggungjawab," menurut petikan mesej berkenaan.

Komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib tuan rumah dan menitipkan pesanan.

"Sebelum sewa buat perjanjian hitam putih. Kalau cara baik tak jalan, buat laporan polis di balai.

"Saya dah rasa macam pengemis nak kutip hutang rumah sendiri. Rumah jangan cakaplah rosak teruk.

"Sebab tu saya halau terus penyewa rumah. Minta duit sewa macam-macam alasan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain