suria

Berat hati nak masuk Pulapol, adik risau fikirkan ibu diramal hanya hidup 6 bulan lagi... Syukur hadir rai tamat latihan

Momen seorang anak lelaki yang berkejar untuk memeluk ibunya meruntun emosi.

BERAT hati untuk meninggalkan ibunya demi menjalani latihan asas kepolisian di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Apatah lagi si ibu dikatakan dijangka mempunyai tempoh hayat hanya berbaki enam bulan.

Begitu kisah seorang adik lelaki yang mengejar impian untuk bergelar anggota polis, sebagaimana yang diceritakan oleh kakaknya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Aush berkongsi kegembiraan tamat latihan.

Umum mengetahui latihan di Pulapol terutama bagi jawatan konstabel kebiasaannya berlangsung selama enam bulan.

Walau bagaimanapun, ibunya lebih mementingkan masa depan anak lelaki dengan menggalakkan pemuda itu meneruskan latihan.

"Ketika ini, kami semua tahu ibu cuma tinggal enam bulan untuk hidup. Adik tak nak masuk Pulapol tapi ibu tetap suruh pergi," tulisnya menerusi perkongsian video di akaun @haranotara, namun tidak dinyatakan penyakit yang dihidapi ibunya.

Akur dengan permintaan ibu, adiknya yang mesra disapa Aus menjalani latihan namun tidak pernah lupa untuk berhubung meskipun berjauhan.

Malah, mereka sekeluarga juga sanggup datang jauh dari utara tanah air semata-mata mahu melawat adiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mampu meraung selepas seminggu koma, wanita ini reda terima takdir... Mahu jumpa saksi tragedi ngeri bayi 10 bulan tercampak

ARTIKEL BERKAITAN: Perajurit meraung selepas tamat latihan, ibu disangka sihat muncul berkerusi roda! Adik minta maaf terpaksa tipu

"Adik selalu telefon tanya ibu ada lagi? Ibu tunggu Aush lagi kan?

"Tiap kali (adik) dapat outing sanggup naik kereta jauh dari Pulau Pinang untuk tenangkan dia," ujar si kakak.

Ibu bertahan sebab tunggu adik.

NETIZEN

Rakaman video menunjukkan adik lelakinya yang mesra disapa Aus berpelukan dengan ibu mengundang sebak netizen.

"Alhamdulillah, Allah panjangkan umur ibu sampai ke hari ini," kata si kakak lagi.

Malah aksi Aus yang bergenang air mata berlari mendapatkan ibunya yang menunggu di tepi jalan meruntun emosi ramai.

"Ibu bertahan sebab tunggu adik.

"Sebab tu kadang orang tanya asyik balik je. Percayalah rebut peluang selagi mereka ada, jangan menyesal kemudian hari.

Antara komen netizen.

"Semua boleh hilang dari saya tapi satu je saya minta. Nak ibu tengok saya berjaya sebelum dia pergi," komen netizen.

Di penghujung video, rakaman menunjukkan adiknya berjaya menamatkan latihan dan kegembiraan di wajah ibu bapanya yang turut menghadirkan diri meraikan kejayaan majlis tamat latihan dan penyampaian sijil pentauliahan.

Terharu dan bersyukur di atas doa dalam kalangan netizen, si kakak menitipkan pesanan menerusi video berasingan.

"Semoga semua doa kalian berbalik kepada kalian. Bahagiakanlah ibu ayah sebahagianya sebab semua ini hanya sekali seumur hidup kita," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain