suria

Sayang keluarga di kampung, pak guard cuma belanja RM100 sebulan! Makan nasi kuah air kosong, bawang mentah

Pengawal keselmatan ini makan ala kadar kerana mahu berjimat.

BERBUAT baik sesama insan adalah satu amalan yang dituntut dalam agama dan masyarakat.

Namun, adalah lebih baik jika amal dan kebaikan yang dibuat itu tidak mendiskriminasi warna kulit mahupun bangsa.

Melalui satu hantaran tular di Facebook, seorang individu mendapat pujian ramai kerana sudi memberi makan kepada pekerja pengawal keselamatan dipercayai warga asing.

Khidmat pengawal keselamatan sangat diperlukan di premis penting. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia menyanjungi kesungguhan pengawal keselamatan tersebut yang berusaha keras mencari rezeki untuk menyara keluarga di kampung halaman.

Lebih memilukan apabila pengawal keselamatan itu sanggup menjamah nasi kosong agar tidak mengeluarkan belanja terlalu banyak daripada duit gaji yang diterima.

"Insan terpilih abang ni, kerja rajin. Gaji sama banyak dengan pengawal keselamatan lain, tapi nampak dia makan nasi putih dengan kuah air masak je. Lauk dia cuma ada bawang besar, saya ulang bawang besar ya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis ‘naik lemak’! Minta belanja makan terus tapau nasi kandar, lelaki terkejut tengok bil - “Dia ambil sotong, daging, ayam”

ARTIKEL BERKAITAN: Harapan pakcik ini berkecai, baki dalam bank hanya RM14... Tiba-tiba muncul hamba Allah, baik hati hulur duit buat belanja

"Katanya dia buat macam ni sebab nak pastikan belanja makan dia tak lebih RM100. Baki gaji semua nak hantar ke kampung, sayang betul dekat keluarga dia.

"Aku kadang kalau ada rezeki lebih aku akan belanja dia makan, semoga dipermudahkan segala urusan abang pengawal keselamatan ni," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengambil inspirasi daripada pengorbanan pekerja pengawal keselamatan tersebut.

Kenapa kita nak kesian pula, kita duduk negara sendiri, tak akan nak makan macam dia.

WARGA MAYA

"Terima kasih banyak tolong dia. Semoga dipermudahkan segala urusan, ini perkara biasa untuk golongan marhaen tak kira la bekerja dalam atau luar negara, demi kelangsungan hidup dan tanggungjawab.

"Orang yang pernah hidup susah je tahu peritnya situasi ni, pentingkan anak-anak dan isteri dulu, semoga dimurahkan rezeki abang ni.

"Bagus la, kita boleh ambil pengajaran dari sini terutamanya untuk para suami, sanggup bersusah untuk keluarga, jangan jadi biawak hidup je," kata sebahagian warga maya.

Sebahagian komen warga maya.

Terdapat juga warga maya seperti tdak mengendahkan pengorbanan pekerja pengawal keselamatan tersebut.

"Tak kisah la dia nak makan apa, itu pilihan masing-masing. Tak perlu bersimpati, dia duduk negara kita tak kena bayar apa-apa pun.

"Kenapa kita nak kesian pula, kita duduk negara sendiri, tak kan nak makan macam dia. Ini tanah kita, hak kita. Contoh kalau kita pergi kerja Jepun, tak kan nak melahap 400 sushi sehari pula," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain