BENARLAH kata orang, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Setelah 50 tahun terpisah, pasangan warga emas ini akhirnya disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah pada Ahad. Menerusi perkongsian anak kepada pengantin perempuan di akaun TikTok Eqeen_87, ibu dan bapa baharunya itu pernah bercinta di zaman sekolah namun terputus di tengah jalan. Sesi menyarungkan cincin dimuat naik oleh Eqeen di TikTok. "Alhamdulillah, jodoh rahsia Allah. Berkawan masa mak tingkatan dua dan ayah baru tingkatan lima. "Terpisah sebab opah suruh belajar dulu tak boleh bercinta. "Siapa sangka, 50 tahun berpisah boleh terjumpa dan berjodoh kembali," katanya pada ruangan kapsyen video berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 60 tahun, warga emas akhirnya lamar wanita yang diminati sejak sekolah menengah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas 63 tahun bercerai, pasangan warga emas nikah semula... Siap lumur kek pada muka - “Mengalahkan orang muda” Difahamkan pasangan pengantin lelaki dan perempuan itu masing-masing berusia 68 dan 65 tahun dan kedua-dau mereka pernah mendirikan rumah tangga sebelum kembali membujang. Berdasarkan video berdurasi 25 saat itu, kedua-dua mempelai kelihatan ceria ketika sesi menyarung cincin sambil disaksikan keluarga dan tetamu jemputan. Segak mengenakan busana pengantin, pasangan ini juga dilihat tidak kekok malah aksi pengantin lelaki mencium dahi isterinya turut menjadi perhatian netizen. Sekarang ni kalau ada mak ayah yang single baik kahwinkan je. NETIZEN Dalam pada itu Eqeen berkata dia dan adik-beradik lain gembira malah merestui keputusan ibu mereka untuk berkahwin lagi. "Arwah ayah memang tak akan dilupakan. Tapi hidup perlu diteruskan. "Kami semua ikhlas untuk kebahagiaan mak. Sekurang-kurangnya ada orang yang tengok-tengokkan," ujarnya membalas komen netizen. Sepertimana dinyatakan dalam video, pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis yang diadakan di Ipoh, Perak. Selain mendoakan kebahagiaan pasangan ini, rata-rata netizen juga menyokong keputusan pasangan berkenaan untuk berkahwin walaupun di usia tua. Antara komen-komen netizen di TikTok. "Alhamdulillah, cinta berputik kembali. Moga mak ayah sahabat bahagia. "Sekarang ni kalau ada mak ayah yang single baik kahwinkan je. Anak-anak zaman sekarang sibuk tak ada masa untuk mereka. Terutama nafkah pada ibu bapa. "Sebenarnya cinta pertama tak akan hilang. Tetap tersimpan di hati terpisah kerana takdir bukan kerana gaduh atau curang," komen netizen pada video. Dalam pada itu ada juga netizen yang mengusik pengantin lelaki kerana terhibur menyaksikan momen dia mencium isterinya selepas mereka bersalaman. "Alamak... sabar pakcik. Sweet betul pasangan ni... kalau dah jodoh memang tak ke mana. "Nampak sangat kasih dan sayangnya, cinta pertama tu," usik beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube