suria

Nak jual duit lama tapi tak laku, wanita buka cerita sedih! Dihulur sumbangan RM150, desak minta up lagi RM50

Seorang wanita cuba menjual duit lama yang dimilikinya walau tidak mahu dibeli.

PERIBAHASA 'diberi betis hendak paha' biasa diucapkan terhadap mereka yang tidak bersyukur dengan pemberian orang lain.

Begitulah gambaran sikap seorang wanita yang didapati meminta wang tambahan daripada peniaga duit lama, selepas individu tersebut membantunya.

Menerusi satu klip rakaman tular, wanita terbabit cuba menjual duit lama yang dimiliki kepada Ah Kai Wang Lama.

"Duit ni saya simpan lama, saya terfikir yang ia mungkin tak laku," katanya.

Wanita ini meminta wang pemberian kepadanya ditambah.

Selepas dibantu, wanita ini masih merayu meminta wang tambahan.

Bagaimanapun, wang kertas lama bernilai RM10 dan beberapa keping duit RM1 yang dimiliki tidak menepati kehendak peniaga berkenaan.

Mendapat tahu wang lamanya itu tidak diterima, wanita itu terus menceritakan situasi yang dialami ketika dalam perjalanan ke kedai tersebut seolah-olah cuba meraih simpati.

"Dulu saya kerja, sekarang saya berniaga tepi jalan. Saya datang dari Shah Alam (Selangor) dan baru-baru ini, 25 hari bulan (Oktober), bandaraya angkut semua (peralatan niaga)... jadi saya kena cari kerja baru.

"Kemudian, saya selalu tengok Facebook Ah Kai Wang Lama... satu abang yang ada enam orang anak datang tapi duit tak laku dan Ah Kai bantu dia. Jadi saya cubalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa sedekah, duit RM60 ‘beranak’ selepas belanja aunty sedang lapar! Kesian... Lama tunggu nak order tak ada siapa layan

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan sedekah, peniaga letih jadi ‘mesin ATM’ makcik penagih dadah! Bagi RM3 ‘tak layan’, berdrama jika tak dipedulikan

"Kami datang naik (kereta) Kancil, dari sana ambil grab RM11 untuk datang sini," tambahnya.

Selepas mendengar luahan wanita tersebut, Ah Kai menghulurkan wang tunai berjumlah RM150 supaya dapat membantu meringankan bebannya.

Namun tanpa diduga, wanita terbabit meminta tambahan wang sebanyak RM50.

Susulan tindakannya itu, Ah Kai menyatakan dia sebenarnya tidak membeli wang lama yang dimiliki wanita tersebut sebaliknya hanya membantu.

Lepas ni ramai berduyun yang datang reka cerita sedih. 10 hari dah tak makan, datang kedai Ah Kai dari Perlis jalan kaki.

WARGA MAYA

Malah katanya, dia tidak dapat memberikan wang tambahan seperti yang diminta kerana perlu membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

"Bantu banyak saya pun tak mampu, sebab saya ada banyak orang lagi yang perlu dibantu," kata Ah Kai.

Meskipun sudah dimaklumkan, wanita terbabit terus meluahkan 'kesedihan' dan menyatakan kereta Kancil yang dinaikinya mengalami masalah.

"Lagi mahu tengok kereta ada masalah apa sebab bau hangit," katanya lagi.

Warga maya meluahkan rasa terkejut dengan tindakan wanita berkenaan.

Warga maya kurang senang dengan tindakan wanita berkenaan.

Rakaman video tersebut turut dikongsikan seorang pelayar laman X dengan kapsyen dah dapat RM150, minta up RM200 pula.

Ciapan yang dibuat itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang kebanyakannya menyifatkan wanita tersebut sebagai tidak bersyukur.

"Niat dia datang memang untuk harap Ah Kai ni bantukah? Sebab dia kata scroll Facebook tengok orang duit tak laku pun dapat duit free. Sama ada akak ni scam tentang gerai dia atau ni mengemis moden.

"Malu pula rasa tengok ada orang Melayu minta-minta macam ni.

"Selagi boleh nak tagih duit tu, aku tengok malu kak. RM150 tu dah dapat percuma, syukur sangat-sangat dah.

"Orang macam ni yang aku tak suka, aku faham dia susah tapi apabila orang dah tolong... kau masih nak demand dan menagih simpati, memang hilang rasa kesian aku," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang beranggapan akan ada lebih ramai individu hadir ke kedai Ah Kai Wang Lama dan 'menjual' cerita sedih bagi mendapatkan duit percuma.

"Lepas ni berduyun yang datang reka cerita sedih. 10 hari dah tak makan, datang kedai Ah Kai dari Perlis jalan kaki.

"Macam scam. Cerita dia tak meyakinkan... geli tengok orang perangai macam ni.

"Banyak sangat ayat simpati dengan harapan dapat lebih," ujar beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain