JIKA berkunjung ke 'negeri di bawah bayu', antara aktiviti wajib adalah membeli belah dan membawa pulang makanan laut kering. Sama ada membeli untuk diri sendiri atau dijadikan buah tangan, pembelian yang dibuat terutamanya secara pukal semestinya dapat membantu peniaga tempatan di Sabah. Namun, melalui satu luahan di Facebook, seorang peniaga ikan bilis dan udang kering menzahirkan rasa kecewa apabila mendakwa pintu rezekinya seakan ditutup oleh pemandu pelancong yang dikatakan berlagak sombong. Membeli belah menjadi salah satu aktiviti wajib ketika melancong. -Gambar Hiasan The Star Menurut peniaga di pekan Tamparuli, Sabah itu, pemandu pelancong berkenaan seolah-olah cuba mengehadkan masa pelanggan yang melawat ke kedainya tanpa diketahui sebabnya. "Hari ini sekitar jam 5 petang, ada sekumpulan pelancong dari Semenanjung Malaysia dalam anggaran lebih 20 orang tiba ke tempat kami. "Mereka singgah ke gerai saya untuk membeli ikan bilis, udang kering dan ikan masin. Tiba-tiba ada seorang pemandu pelancong yang terjerit-jerit dengan suara kuat, meminta semua pelawat kembali ke kereta kerana ingin cepat bertolak. ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat naik pesawat dipandu anak tak kesampaian, ibu menangis dapat kejutan dalam penerbangan! Pilot, pramugari usaha sampai jadi ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak kurung kucing dalam boot kereta, nak seludup naik kargo ke Sabah! Ramai risau si bulus mati kepanasan "Dia cuma bagi masa lima minit untuk pelancong membeli di gerai saya, tak berhenti-henti dia membebel. Dia siap pesan dekat saya, tolong jangan buat malu orang Sabah dengan perangai begitu," luahnya kesal. Berdepan situasi itu, peniaga ini cuba mencari jawapan tentang mengapa pemandu pelancong tersebut sanggup menyekat rezekinya. "Benda ni bukan baru, sudah beberapa kali terjadi sebelum ni, mengapa? Adakah sebab kami menjual makanan laut kering dengan harga berpatutan, tak macam di sesetengah tempat lain yang mencekik darah? Mungkin kena jerit, sebab pelancong ni kadang ada yang degil tak dengar cakap, benda nak kejar masa. WARGA MAYA "Kami tiada istilah 'mark up' harga, kami jual barang kepada pelancong sama dengan harga untuk orang tempatan, kerana kami berpegang kepada prinsip bahawa rezeki itu semua sudah diaturkan Allah. "Syukur Alhamdulillah, walaupun dengan masa lima minit yang diberikan itu, ada juga terselit rezeki untuk kami. Cuma kami agak kecewa dengan cara pemandu pelancong tu melayan penumpang mereka. "Sampaikan tadi ramai pelancong yang berubah air muka dan mengeluh apabila dijerit-jerit untuk cepat masuk ke kereta sedangkan mereka masih membeli," cerita peniaga tersebut. Tambahnya lagi, dia berasa kasihan melihat pelancong-pelancong tersebut yang dipaksa untuk terburu-buru walaupun ketika sedang bercuti. Aktiviti pelancongan penting untuk menjana ekonomi negara. -Gambar hiasan The Star "Kesian tengok mereka semua tergesa-gesa lari masuk kereta. Sangat tidak menyeronokkan percutian sebegitu, kena jerit, seperti budak-budak pula dilayannya. "Sedangkan kita sendiri kalau nak beli ikan basah di pasar pun akan pilih betul-betul. Kami faham setiap travel agent ada jadual masing-masing, tapi bagilah peluang untuk mereka membeli, agar dapat kepuasan tu. "Semoga Allah sentiasa meluaskan rezeki buat semua peniaga yang sedang berjuang selama ni," kata peniaga tersebut menutup bicara. Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya berpendapat kemungkinan pemandu pelancong tersebut sudah mempunyai tempat menjual makanan laut kering yang akan dibawa mengikut jadual. Pendapat warga maya tentang insiden tersebut. "Mungkin pemandu pelancong tu sudah ada tempat khas untuk dia bawa penumpang berbelanja dan dia akan menerima komisen daripada penjual tersebut. "Kasar betul ya dengan orang tempatan, kalau dengan mat salih mesti berlembut je. "Pelancong ni adalah antara mereka yang membawa rezeki ke tempat kita, tak wajar dilayan sebegini biadab. Jangan sampai negeri kita diboikot. "Mungkin kena jerit, sebab pelancong ni kadang ada yang degil tak dengar cakap, benda nak kejar masa. Cuba tengok daripada kedua-dua belah pihak," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube