suria

Nasi hampir habis, pelanggan bertenggek di kaunter selepas mengadu ayam masam! Peniaga terus refund, siap sedekah baki

Ayam buttermilk yang hampir habis dijamah oleh pelanggan berkenaan. -Gambar FB Penangkini

BERDEPAN dengan pelbagai kerenah pelanggan semestinya sudah menjadi asam garam bagi golongan peniaga makanan.

Suka atau tidak, semua ragam pelanggan perlu ditangani dengan sabar lebih-lebih lagi apabila prinsip 'customer is always right' dijadikan 'lesen' oleh kebanyakan pelanggan dalam membuat sesuatu aduan.

Demikian juga dengan insiden yang dialami oleh seorang pemilik restoran ini apabila dia menerima aduan daripada seorang pelanggan yang mendakwa makanannya masam.

"Kejadian malam kelmarin. Customer datang makan chicken buttermilk dan claim kata masam. Dah claim macam tu, saya, adik, sepupu dan mak saya rasalah sendiri. Tak masam pun.

"Cuba tengok dalam gambar, kalau masam kenapa makan ayam tu sampai habis?" tulisnya dalam satu hantaran yang disiarkan dalam Facebook Penangkini.

posting

Perkongsian yang dibuat oleh pemilik restoran berkenaan.

Gambar yang dikongsi menunjukkan sepinggan nasi bersama chicken buttermilk yang dipesan oleh pelanggan berkenaan, yang mana lauk tersebut hampir habis dijamah.

Enggan memanjangkan cerita, dia yang merupakan pemilik sebuah restoran di Gelugor, Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang yang sudah dibayar oleh pelanggan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan sampai di tangan, terus mengadu nasi basi, sambal pedas... Peniaga bengang kena penalti, pelanggan licik nak makan ‘free’

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik 2 kali kejadian kek baru bakar tiba-tiba basi, berlendir! Peniaga dedah ada bau busuk masa buat dekorasi

"Customer bertenggek depan kaunter. Then saya pulangkan RM10 dekat customer. Harga sepinggan chicken buttermilk RM9.90, saya siap cakap, tak apa sekupang tu saya sedekah.

"Customer tu datang dalam lingkungan jam 10 malam. Isunya, customer sebelum datang makan, tak complaint apa-apa pun. Licin je customer lain makan.

"Malas nak bertekak, saya pulangkan saja RM10. Sendiri fikirlah wahai customer," tulisnya.

Ujian peniaga... halalkan sahaja nanti Allah beri yang lebih baik ya.

NETIZEN

Sekadar membuat luahan, pemilik restoran berkenaan dalam pada itu berkata, pelanggan tersebut sewajarnya membuat aduan terlebih dahulu jika makanan yang baru dijamah didapati basi atau tidak menepati selera, bukannya menghabiskan makanan tersebut.

"Lain kali, kalau masam, pulangkan saja makanan tu. Ini tidak... makan habis, dapat pula pulangan wang RM10. Tak apa, saya anggap tak ada rezeki," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati malah mendoakan semoga peniaga berkenaan dimurahkan rezeki.

chicken 1

Antara komen netizen terhadap perkongsian pemilik restoran berkenaan.

"Ujian peniaga... halalkan sahaja nanti Allah beri yang lebih baik ya.

"Berniaga ni mengajar kita untuk lebih banyak bersabar. Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki awak selepas ini, Amin.

"Cakap saja ayat last, tak apa, jumpa di padang mahsyar," komen netizen.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan mereka yang menyifatkan ia adalah taktik biasa yang digunakan pelanggan untuk menikmati makanan secara percuma.

"Muka tak malu la tu. Cara nak makan free.

"Nak free habaq (beritahu) la nak makan free," komen mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain