suria

Lelaki ‘tersakiti’ pergi majlis kahwin ex, mahu sahkan diri tak bermimpi! Mata tak berkelip tengok pelamin, telinga berdengung

Cinta yang tidak kesampaian pastinya meninggalkan parut di hati. -Gambar hiasan (kanan)

KISAH hidup setiap manusia ternyata berbeza-beza.

Begitu juga dengan hubungan percintaan, ada yang berjaya menemui pasangan sehidup semati untuk bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan.

Namun, tidak kurang juga mereka yang ditakdirkan tidak dapat bersama walau ada perasaan cinta dan akhirnya terpaksa melepaskan pasangan.

Jodoh merupakan rahsia dan ketentuan Allah. -Gambar hiasan Hafizudin Hamdan

Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki meluahkan rasa hiba selepas melihat bekas teman wanitanya selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati.

Lelaki tersebut yang turut dijemput untuk menghadiri majlis resepsi bekas kekasihnya mengakui sukar untuk menerima hakikat bahawa dia hanya menjaga jodoh orang selama ini.

Susulan episod tragis itu, lelaki tersebut berikrar untuk menutup rapat pintu hatinya untuk mencari pengganti.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas teman lelaki sarung maskot Ninja Turtles, kuatkan diri hadir majlis kahwin ex-GF... Paling sebak momen peluk mentua tak jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Hati kental datang kenduri kahwin bekas awek, sekali suaminya buat isyarat jari - “Saya OK je...”

Lelaki tersebut membuat sesi luahan hati dalam satu video yang tular, menyebabkan dua rakannya berasa hairan dengan pendiriannya.

"Ramai yang impiannya nak berkahwin, berumah tangga dan ada anak, tapi bukan untuk aku. Selepas apa yang aku lalui, aku dah tak sanggup lagi merasai kekecewaan.

"Masa kenduri (bekas kekasih) yang aku pergi tu, dunia aku betul berantakan, sampai speaker yang kuat pasang lagu dalam majlis tu boleh jadi senyap (tidak kedengaran) dan tinggal dengung je dekat telinga aku.

Lelaki kebanyakannya hanya jatuh cinta sekali, selebihnya mungkin cuma sayang tapi tak cinta.

WARGA MAYA

"Mata asyik fokus dekat pelamin tengok dia, aku pandang dari kejauhan, susah nak percaya. Nak alihkan pandangan tak boleh, sebab ni bukan gambar dalam phone, ini live depan aku.

"Aku datang kenduri tu bukan nak makan sangat pun, cuma nak tengok betul ke yang dia dah kahwin, kot la ni cuma mimpi buruk je untuk aku," cerita lelaki itu.

Kesakitan yang tidak terperi itu menyebabkan lelaki tersebut rebah ke titik terendah dalam hidupnya.

"Aku waktu tu apa pun tak ada, kerja tak ada, belajar tak ada, kosong je. Dulu dia pernah cakap dekat aku, pergilah kejar cita-cita, dia akan tunggu.

"Tapi sekarang mana janjinya tu? Sakit yang aku rasa waktu tu ambil masa yang teramat lama nak pulih, tapi lambat laun kena terima juga.

Sebahagian komen warga maya.

"Kalau korang rasa apa yang aku rasa ni, baru korang akan faham mengapa aku berprinsip seperti itu," katanya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mendoakan supaya lelaki tersebut berjaya menemui kebahagiaan pada suatu hari nanti.

"Bro aku tak kenal kau, tapi aku doakan nanti akan hadirnya seseorang yang dapat mencoretkan kenangan baharu sampai kau lupa yang kau pernah ada di situasi seperti sekarang.

"Kali pertama dengar luahan hati lelaki yang betul-betul sedih ni.

"Lelaki kebanyakannya hanya jatuh cinta sekali, selebihnya mungkin cuma sayang tapi tak cinta," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain