PEMBURUAN haiwan kebiasaannya dilakukan di kawasan hutan yang jauh daripada penempatan manusia. Namun, baru-baru ini gempar di laman X apabila seorang lelaki dilihat melakukan aktiviti pemburuan di tepi lebuh raya. Menerusi potongan video pendek tersebut, lelaki itu diperhatikan mengeluarkan senapang patah dan melepaskan satu das tembakan ke udara yang tepat mengenai sasarannya. Burung gagak merupakan sejenis haiwan yang pengotor. -Gambar hiasan Sasaran berkenaan adalah burung gagak yang dilihat jatuh di atas jalan tar di hadapan pemburu tersebut, kelihatan tidak lagi bernyawa. Babak yang seperti dalam filem genre aksi itu turut mendapat perhatian pelayar di peringkat antarabangsa. "Memburu di lebuh raya adalah satu kerja 'gila'," kata seorang pelayar dalam bahasa Inggeris. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sarapan ditemani gagak jadi perhatian, siap suap makan! - “Inilah Itachi in real life” ARTIKEL BERKAITAN: Nasib selamatkan anak gagak, hidup juruteknik Honda terganggu... Pakai baju lain, tutup muka pun kena ‘serang’ sampai ke highway Manakala warga maya tempatan pula apabila melihat ciri-ciri lebuh raya yang mirip seperti di Malaysia turut menyuarakan kerisauan. "Weh betul ke ni dekat Malaysia? Walaupun begitu, kegusaran itu tidak bertahan lama apabila warga maya lain tampil dengan penjelasan mengenai aktiviti pemburuan tersebut. Penembak ni semua cekap membidik, mereka boleh agak pergerakan burung tu akan jatuh ke mana. WARGA MAYA "Ini seperti di Shah Alam, kegiatan tembak burung gagak ni normal je sebenarnya terutamanya di Seksyen 7, sebulan sekali mesti ada buat untuk kawal populasi. "Burung gagak ni haiwan perosak, suka sepahkan sampah dan cepat sangat membiak. "Kempen ni pun dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), penembak sampai diupah untuk setiap burung gagak yang dibunuh. "Tak silap harga bayaran dalam RM4 untuk seekor burung gagak yang dibunuh, tapi program ni bukan dijalankan pada setiap hari, ada hari tertentu sahaja," kata warga maya memberikan penerangan. Warga maya menjelaskan tentang penggunaan peluru kapur oleh penembak. Tidak kurang juga warga maya yang berasa sangsi sekiranya burung gagak yang ditembak mati itu jatuh ke atas kenderaan dan menyebabkan kerosakan harta benda. "Soalan serius, kalau burung gagak tu jatuh dekat atas kereta sebab kena tembak dan tingkap pecah, apa akan jadi? "Sangat kecil kemungkinan untuk berlaku macam tu, penembak ni semua cekap membidik, mereka boleh agak pergerakan burung tu dan bila ditembak mati ia akan jatuh ke mana. "Kebiasaannya burung gagak yang dibunuh akan jatuh di hadapan penembak supaya mudah untuk dikutip dan ditebus ganjaran," kata warga maya memberikan penjelasan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube