PENGUMUMAN kerajaan tentang pelaksanaan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Kebanyakannya meluahkan kebimbangan kerana langkah terkini itu disifatkan tidak memberi jaminan kerjaya kepada generasi baharu. Tambahan pula, status kontrak membolehkan seseorang pekerja itu ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa. Tangkap layar video seorang lelaki yang menjadi tular di media sosial. Bagaimanapun, ada golongan memberikan reaksi berbeza seolah-olah menyindir generasi dahulu yang gemar membandingkan pekerjaan anak-anak. Tular baru-baru ini rakaman video seorang lelaki yang mempersendakan kaedah baharu tersebut dengan reaksi dan mimik muka yang sinis. Malah katanya, soalan tidak wajar yang sering diajukan semasa hari keraian dan perayaan seperti pekerjaan tidak akan berkumandang. ARTIKEL BERKAITAN: Balik Malaysia nak berbakti untuk negara, tapi terkejut budaya ‘gomen’... Tengah hari ambil anak, 4 petang dah tak nak buat kerja! ARTIKEL BERKAITAN: Padah gurau ‘ada orang dalam’, wanita kerja ‘gomen’ nikmati rehat 3 jam mohon maaf! Kontrak pun tak disambung “Raya akan datang ni tak akan dengar lagi anak makcik kerja ‘gomen’, kerja swasta tak ada masa depan”. Reaksinya yang dilihat seperti menyindir seseorang menjadi perhatian umum sehingga dikongsikan warga maya. Turut mengalami situasi sama, seorang pelayar X mengakui dirinya pernah berhadapan dengan situasi yang digambarkan lelaki terbabit. Aku serious ye nak tahu. Memang wujud ke makcik-makcik borak bagi tahu anak dia kerja gomen. WARGA MAYA “Saya memang kena upload ni. Dulu pernah nangis sambil kerja sebab kena reject... saya kerja swasta,” ciapnya ringkas. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya turut berkongsi pengalaman yang sama. Bagaimanapun terdapat juga segelintir netizen yang terkejut dengan perkongsiannya kerana menyangkakan ungkapan tersebut sebagai retorik. Antara perkongsian warga maya. “Aku rasa benda makcik-makcik cakap ni macam dah 20 tahun lepas je... macam dah tak ada je makcik yang berlagak anak kerja government. “Suami aku pernah cakap ada sorang makcik berkenan kat dia nak buat menantu tapi asyik suruh apply kerja kerajaan. Nasib baik mak mentia dia sekarang tak kisah kerja apa janji halal dan boleh bela anak cucu. “Harap lepas ni ada orang tu zip mulut tanya saya bila nak keja kerajaan. “Aku serious ye nak tahu. Memang wujud ke makcik-makcik borak bagi tahu anak dia kerja gomen,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube