KEBANYAKAN individu di negara ini membeli rumah melalui pinjaman bank yang memakan masa berpuluh-puluh tahun untuk dilangsaikan. Terbaharu, seorang individu tular di Facebook selepas dia mengadu tentang bayaran balik pinjaman rumahnya yang masih belum selesai selepas 17 tahun berlalu. Individu itu kehairanan kerana baki pinjaman yang perlu dilunaskannya masih banyak sedangkan dia tidak pernah culas membuat pembayaran secara bulanan. Pembeli rumah biasanya mengambil masa berpuluh tahun untuk melangsaikan pinjaman mereka. -Gambar hiasan "Rumah dibeli pada harga RM35,000. Bayar bulan-bulan RM200. Bayar dah 17 tahun. Lepas tu buat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM11,000. "Pergi bayar lagi rumah, tapi apabila pergi check dekat bank, ada banyak lagi baki. "Kalau kira-kira dah habis bayar dah. Cuba komen siapa pernah kena macam ni," ujar individu itu menerusi perkongsian di Facebook Malaysia Ku Dulu Dulu. Waktu ambil loan kena tengok betul-betul agreement. NETIZEN Dia turut berkongsi sekeping foto, memaparkan sekeping kertas yang bertulis 23,271.29, dipercayai baki bayaran pinjamanannya yang belum dilunaskan. Seorang netizen turut membuat kira-kira bagi pinjaman individu itu sambil menambah sistem yang wujud hari ini banyak memberi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah. "RM200 kali 12 bulan kali 17 tahun bersamaan RM40,800. Tambah lagi KWSP RM11,000 bersamaan RM51,800. RM51,800 tambah baki RM23,271 bersamaan RM75,071. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah viral ketika banjir, pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse! Paling bahagia boleh bawa mak ayah tinggal bersama ARTIKEL BERKAITAN: Termakan cakap ejen, wanita beli rumah harga lebih RM200,000 tanpa modal... Bulan-bulan ‘sesak’ bayar komitmen, suami pula gaji kecil "Harga rumah RM35,000. Interest RM40,071. Orang miskin sentiasa jadi mangsa yang kaya. Inilah dipanggil kapitalisme. "Melayu, India, Cina, semua kena sama saja. Cerita pembelian rumah," ujar individu itu pula. Dalam pada itu, segelintir netizen turut menyindir pengadu itu kerana dianggap kurang mengerti tentang sistem pinjaman bank di negara ini. "Kalau harga rumah RM35,000, sekali dengan interest loan, rasanya hampir RM70,000 juga total. Lagi-lagi kalau loan 20 hingga 25 tahun. Mesti interest banyak juga tu. Ada individu yang mengalami tekanan kerana dibelenggu hutang. -Gambar hiasan "Kalau hutang 30 tahun, 10 hingga 15 tahun tu bayar bunga je bang. Pokoknya belum diusik lagi. "Beli RM35,000 (nak) bayar RM35,000 memang tak akan wujud la sistem macam tu. "Waktu ambil loan kena tengok betul-betul agreement," pesan beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube