PERJANJIAN dalam perkahwinan atau taklik sering dibuat bagi menjaga kepentingan mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Perlanggaran syarat yang dipersetujui boleh menyebabkan perkahwinan yang didirikan terbubar secara automatik. Begitulah yang berlaku terhadap pasangan suami isteri ini apabila kedua-dua mereka disahkan bercerai setelah melakukan pelanggaran taklik. Berkongsi pengalaman di media sosial, lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, lafaz taklik tersebut telah dibuat oleh isterinya secara paksa berikutan rasa cemburu yang membuak buak. Pasangan berkahwin dianjurkan untuk solat berjemaah. -Gambar hiasan The Star “Tiga taklik yang dipaksa untuk saya lafazkan bagi 'mengikat' diri saya supaya mengikut kemahuannya yang cemburu buta. “Antara perkara yang dinyatakan adalah saya tidak boleh ada media sosial sedangkan dia ada, tidak boleh jadi jurulatih sukan kerana ada wanita, walhal itu adalah kerja yang beri dia makan sepanjang perkahwinan kami,” ujarnya memulakan cerita. Menurutnya, kesemua syarat tersebut dituruti bagi melembutkan hati isteri kerana dirinya sentiasa dimaki dan dituduh melakukan pekerjaan yang pendapatannya tidak berkat. Pada masa sama, isterinya sering mengugut untuk mencederakan anak sendiri dengan mencampakkan mereka dari tingkat atas sekiranya lafaz taklik tidak dibuat seperti yang tertera di atas kertas. ARTIKEL BERKAITAN: Suami guna taklik halang isteri beli susu formula jenama sokong Israel... Ibu serba salah tengok bayi sakit tak serasi produk baharu ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM1,500 3 kali curang, isteri bergaji hampir RM5,000 rasa sia-sia tanggung keluarga... Mahu tukar lafaz taklik “Akhirnya saya lafazkan taklik mengikut apa yang dia tulis di kertas... saya penat dengan pergaduhan, saya rimas dengar suara menjerit-jerit selagi permintaan dia tak dituruti,” tambahnya. Mengakui tidak menyedari bahawa lafaz yang dibuat itu bertujuan ‘mengikat diri’, ujarnya, dia akhirnya tersedar bahawa perlanggaran taklik telah lama dilakukan. Susulan itu, dia ke mahkamah rendah syariah bagi membuat pengesahan dan akhirnya ikatan perkahwinan yang cuba dipertahankan sebenarnya telah terlerai hampir empat tahun. Habis kes nafkah anak, dia tuntut RM30,000 untuk mutaah sedangkan saya beri dia guna kereta yang bayaran bulanan ditanggung oleh saya. PELAYAR FACEBOOK Malah anak yang dilahirkan dalam tempoh tersebut tidak dapat dinasabkan pada dirinya serta diisytiharkan anak tidak sah taraf. “Saya serahkan hak penjagaan anak kepada dia termasuk seorang yang dinasabkan kepada saya kerana enggan bergaduh. “Mahkamah memerintahkan saya diberi hak lawatan sekali sebulan, tidak boleh telefon, tidak boleh ada connection di media sosial. “Nafkah anak, dia tuntut RM1,500 seorang termasuk yang tidak dinasabkan kepada saya. Total semua yang dia tuntut RM4,500 padahal dalam slip gaji hanya tersisa RM1,500 dan bayaran penyewa RM700,” jelasnya. Sesetengah lelaki sanggup berkorban demi keselesaan pasangannya. -Gambar hiasan Kesukaran untuk memenuhi permintaan tersebut membuatkan bekas isterinya melantik peguam swasta. Bagaimanapun, mahkamah akhirnya bersetuju dengan permintaannya untuk memberi bayaran nafkah sebanyak RM800 kerana bekas isteri tidak layak untuk menuntuk nafkah anak yang tidak sah taraf. “Namun sehingga sekarang, dia tetap mengatakan saya tidak beri nafkah kepada anak tidak sah taraf itu, sampai hendak gugurkan nama saya di surat beranak. “Habis kes nafkah anak, dia tuntut RM30,000 untuk mutaah sedangkan saya beri dia guna kereta yang bayaran bulanan ditanggung oleh saya. Warga maya tampil dengan pelbagai reaksi. “Saya juga minta dia ambil semua kelengkapan rumah dan beri RM900 selama tiga bulan untuk dia mula kehidupan tanpa saya,” luahnya sayu. Malah demi menjaga kebajikan bekas isteri dan anak-anak dia hanya membawa pakaian sahaja semasa pulang ke rumah keluarga. Namun bekas isterinya masih tidak bertimbang rasa dan berkeras dengan tuntutan mutaah berkenaan. Menurut lelaki ini, nasib menyebelahinya apabila hakim mengarahkan bayaran sebanyak RM7,000 kepada bekas isteri dan boleh dibuat secara ansuran selama enam bulan. “Alhamdulillah, kes saya selesai hujung tahun lepas setelah empat tahun turun naik mahkamah dan membuka segala aib rumah tangga. "Hakim mengarahkan saya membayar RM7,000 secara ansuran selama enam bulan,” tambahnya yang khuatir bekas isteri akan menuntut harta sepencarian pula. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube