PERUBAHAN corak gaya hidup masyarakat moden hari ini menyaksikan semakin ramai yang selesa membujang dan tidak mahu berkahwin. Maka tidak hairanlah bilangan orang bujang di negara ini semakin ramai apabila 8.3 juta orang direkodkan pada 2020 berbanding hanya 6.9 juta individu bujang pada 2010. Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 4.8 juta daripada jumlah itu pada 2020 adalah lelaki, manakala bakinya sejumlah 3.5 juta pula golongan wanita. Seorang wanita memberi tumpuan kepada kerjaya. -Gambar hiasan The Star Namun percaya atau tidak, atas desakan keluarga sebilangan daripada jumlah itu akhirnya terpaksa berumah tangga. "Aku ni sebenarnya tak nak kahwin pun. Suka hidup single. Aku tak nak hadap komitmen hidup berkahwin ni... mentua, anak, kewangan dan macam-macam lagi. "Rancangan asal memang nak membujang sampai ke tua. Tapi famili asyik push aku dan aku serabut dan rimas," kata seorang wanita berusia 40 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengaku seronok hidup ‘single’, tak dikongkong... Tapi lelaki ini suruh cari pasangan, buat teman di hari tua ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘acah’ bujang! Melenting anak seorang pun isteri tak boleh ‘handle’, lepak dengan kawan asyik call suruh balik Menerusi satu luahan di laman X, wanita itu kemudian ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki berusia 36 tahun yang pada mulanya dianggap sebagai kawan. Malah katanya, dia sendiri mengetahui lelaki itu sebenarnya bernafsu songsang terhadap kaum sejenis, tetapi selesa untuk dijadikan tempat meluahkan pelbagai perkara dan isi hati. Satu pasangan membuat keputusan untuk berkahwin. -Gambar hiasan "Aku tahu dia gay daripada awal lagi. Aku selalu meluahkan serba serbi dekat dia. Dan dia pun sama meluahkan pada aku. "Suatu hari, dia dengan nada bergurau offer aku solution untuk kami dan aku gurau je balik. Tapi apabila fikir betul-betul, ada baiknya juga. "Aku tak payah serabut dengan komitmen kahwin, dia pun boleh tutupkan mulut-mulut famili dia juga," ujarnya lagi. Bermula daripada fasa memperkenalkan diri kepada ibu bapa masing-masing, dia bersama lelaki gay itu membuat keputusan untuk berkahwin setahun kemudian. Moga terdetik satu hari nanti dua-dua saling mencintai kerana Allah dan tinggal kisah-kisah lama. NETIZEN Walaupun suaminya gay, kata wanita itu, perkahwinan mereka bahagia dengan menjalinkan hubungan yang bersifat platonik iaitu bukan didorong keinginan nafsu syahwat semata-mata. "Perkahwinan kami bahagia dan kami sangat sayang antara satu sama lain. Kadang-kadang kami juga 'bersama' tapi tiada anak sebab aku memang tak nak anak. "Kami juga adakan perjanjian yang dipersetujui bersama. Kalau salah seorang daripada kami jatuh cinta dengan orang lain, kami cerai," katanya lagi. Wanita itu mengakui perkahwinannya bahagia. -Gambar hiasan Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan konsep perkahwinan yang diamalkan oleh wanita itu bersama suaminya yang menyukai kaum sejenis. "Tak fikir panjang. Seks songsang tu sendiri boleh bawa penyakit kelamin. Kalau berjangkit dah satu hal. "Mungkin ni jodoh dia. Moga terdetik satu hari nanti dua-dua saling mencintai kerana Allah dan tinggal kisah-kisah lama. Jangan dok ulang lagi," komen netizen. Sementara itu portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menjawab persoalan mengenai hukum bersuamikan gay, sama ada perlu kekal atau cerai. Dalam kes ini, suami wajib bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan maksiat tersebut. Malah isteri wajib memberi nasihat kepada suami agar kembali bertaubat dan berazam tidak akan melakukan perbuatan songsang tersebut. "Jika perbuatan tersebut masih berlarutan, status perkahwinan itu adalah tidak sekufu daripada sudut kesolehan dan ketakwaan pasangan. "Seorang yang fasiq dan suka melakukan perbuatan maksiat tidak sekufu dengan seorang yang mengikut syariat yang benar dan sentiasa melakukan amal-amal soleh. "Tindakan undang-undang hendaklah diambil seperti membuat tuntutan fasakh mengikut peruntukan perundangan yang termaktub dengan merujuk kepada pengamal undang-undang syariah," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube