TUDUNG atau hijab yang dipakai kaum Hawa boleh diibaratkan seperti mahkota kecantikan. Bergantung kepada individu itu sendiri, setiap wanita mempunyai cara dan pilihan masing-masing dalam menggayakan penutup kepala. Namun, melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita menzahirkan rasa terkilan dengan kata-kata yang dihamburkan seorang makcik mengenai pemakaian tudungnya. Setiap wanita mempunyai fesyen yang menjadi pilihan hati. -Gambar hiasan Menurutnya, wanita lanjut usia terbabit menyatakan teknik tudung yang dikenakannya adalah jelik untuk dilihat. "Ada seorang makcik ni tegur aku, dia minta aku betulkan tudung yang aku pakai supaya sedap mata memandang. "Untuk pengetahuan semua, aku buat tudung jenis lipatan tekap ke dahi sebab malas nak buat awning ke depan. Jadi kemudiannya aku terserempak dengan makcik tu. ARTIKEL BERKAITAN: Terguris hati dengan 'geng makcik' tarawih di masjid... Boleh bawa gaduh disuruh rapat saf, tak pun kena jeling! ARTIKEL BERKAITAN: Makcik ‘kepochi’ sibuk tanya pasal ansuran kereta, pertikai gaji kecil! Wanita beri jawapan ‘pedas’ bikin gaduh laki bini "Dia dengan selambanya cakap macam ni dekat aku, pakai elok-elok la tudung tu, pergi betulkan balik. Nampak luas sangat dahi tu. Pelik saya tengok. "Aku boleh katakan ia adalah penghinaan terbesar pada bulan Ramadan ni. Sumpah aku terkejut makcik tu sanggup cakap macam tu," ujar wanita itu meluahkan isi hatinya. Memberikan penjelasan lanjut, wanita itu berkata dia sudah biasa dengan gaya tudung sedemikian dan tidak menyangka ia akan menyebabkan masalah di kemudian hari. Biar dahi saya nampak luas, daripada sesempit kubur makcik. WARGA MAYA "Aku memang selesa pakai tudung ikut cara yang tekap tu. Bawal atau shawl memang dah jadi kebiasaan aku buat begitu. "Isunya sekarang ni, kenapa aku pula yang nak kena ikut cita rasa tudung makcik tu? Ini tentang diri aku," jelasnya mempertahankan pendirian. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya yang berdahi luas turut berkongsikan rasa kecil hati dengan teguran makcik berkenaan. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Walaupun aku lelaki. tapi apabila aku baca kata-kata makcik tu, aku rasa seolah ada duri-duri tajam yang menusuk aku. "Tolonglah fahami masalah kami wanita yang berdahi luas ni. Pakai tudung macam mana pun akan tetap menyerlah dahinya. Harap santai makcik, terasa tau kalau kena cakap macam tu. "Kerana mulut, pahala puasa berkurangan. Patut balas balik dekat makcik tu, biar dahi saya nampak luas, daripada sesempit kubur makcik. Banyak dosa ni buat orang sakit hati, ingat kita nak maafkan? "Mata-mata orang tua ni kalau pandang kita mesti ada je benda yang tak kena. Susah nak puaskan hati mereka," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube