suria

Wanita jaki tengok ibu bapa ‘heret’ bayi redah bazar Aidilfitri, tak fikir penyakit... Ambil bibik kalau tetap nak pergi jamu mata!

Bayi yang baru dilahirkan memerlukan penjagaan rapi. -Gambar hiasan

MEMBELI pakaian baharu sempena menyambut kedatangan Syawal menjadi satu kemestian bagi mereka yang berkemampuan.

Pasangan dengan keluarga kecil pastinya lebih bersemangat untuk tampil sedondon pada pagi Aidilfitri nanti.

Namun dalam keghairahan untuk membeli-belah di gedung pakaian, sesetengah ibu bapa dilihat lalai sehingga mengabaikan keselesaan anak kecil.

Pusat beli-belah padat dengan pengunjung pada hari-hari terakhir Ramadan. -Gambar hiasan

Melalui perkongsian di laman X, seorang wanita menegur tindakan segelintir ibu bapa di bazar jualan pakaian yang tergamak membiarkan anak-anak berjemur di bawah panas terik matahari.

"Saya tahu kita sebagai wanita tergoda nak jamu mata tengok baju raya. Tapi kepada ibu-ibu di luar sana yang baru menimang cahaya mata, jangan risikokan kesihatan bayi anda.

"Kalau betul dah tak mampu tahan diri untuk pergi shopping, sila ambil pengasuh untuk jaga bayi sementara anda keluar. Jangan heret mereka sekali pergi ke bazar, lagi-lagi sekarang tengah musim panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengunjung bazar Ramadan tegur geng tolak ‘stroller’, tak sesuai datang waktu tengah sesak - “Habis digilis kaki orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Kuih tak laku tiba-tiba habis diborong, peniaga bazar akui keajaiban amalan selepas Subuh dan Asar

"Lagi satu, bayi kena tidur cukup waktu sebab badan mereka masih lemah, kalau pergi ke tempat yang bising nanti mereka tak dapat rehat yang berkualiti," ujar wanita itu.

Tambahnya lagi, kehadiran virus dan pencemaran udara juga boleh membahayakan nyawa bayi kerana sistem pertahanan badan mereka masih belum kuat.

"Dekat luar sana tu ramai orang yang pendek akal hisap rokok tak kena tempat, lepas tu asap kereta dan asap kedai makan lagi, kesian bayi kita kalau terhidu.

Dekat luar sana tu banyak penyakit berjangkit, kita mungkin tak sedar sebab antibodi dah kuat nak tepis sendiri.

WARGA MAYA

"Dengan bersesak-sesak dekat tempat sempit, bermacam jenis orang ada, entah apa virus dan bakteria yang mereka bawa. Bayangkan kalau bayi kita terkena apa-apa penyakit, seram weh.

"Berpada-padalah ibu bapa yang ada perancangan nak bawa anak kecil pergi shopping tu, sekarang beli atas talian pun boleh, banyak alternatif yang tersedia," ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya juga turut berkongsi pandangan sama.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Anak yang masih bawah setahun tu elakkan daripada kerap bawa keluar rumah. Mereka ibarat kaca mudah pecah yang harus dijaga dengan cermat.

"Ibu bapa yang bawa bayi ikut sekali pergi shopping saya boleh dikatakan pentingkan diri sendiri. Tak fikir langsung anak tu macam mana. Belum cukup matang untuk bergelar ibu bapa.

"Dekat luar sana tu banyak penyakit berjangkit, kita mungkin tak sedar sebab antibodi kita dah kuat nak tepis sendiri, tapi lain cerita untuk bayi," terang warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain