suria

Kerja di bulan Ramadan, staf tak wajar culas! Warga asing lebih ‘lasak’, peluh dan dahaga hal kecil yang penting puasa berkat

Dugaan berbeza dihadapi setiap sektor pekerjaan. -Gambar hiasan

RAMADAN lebih dari sekadar berlapar dan dahaga, sebaliknya bulan ini juga menguji keteguhan iman dalam diri seseorang.

Baru-baru ini hangat dibincangkan di media sosial mengenai produktiviti di tempat kerja ketika berpuasa.

Seorang pelayar di laman X berpendapat tidak wajar untuk pekerja culas ketika menjalankan amanah di tempat kerja atas dengan Ramadan sebagai alasan.

Bulan Ramadan adalah masanya untuk memperhebatkan amal ibadah. -Gambar hiasan

"Kerja ni kan satu ibadah. Saya rasa tak patut apabila tiba bulan puasa ni kita banyak batalkan mesyuarat dan potong waktu bekerja untuk balik awal.

"Kerja kita juga boleh menjadi ladang pahala ketika bulan mulia ni, maka kerjalah macam biasa," ujarnya mengutarakan pandangan.

Walaupun begitu, perspektif tersebut tidak disambut baik warga maya dengan rata-ratanya melihat ia sebagai satu bentuk penindasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Call tak angkat, mesej tak balas pemuda terus terjah pejabat! Terkejut belum ada staf masuk kerja - “9.13 pagi masih tutup, waktu operasi mula jam 8”

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu siasat murid tahun 6 kerap ponteng, terkejut tengok kena jaga ibu strok di rumah! Kakak, abang dah lama berhenti sekolah kerja di mall

"Kami isteri kena balik awal sebelum pukul 5 untuk sediakan makanan buat anak-anak dan suami, kalau keluar selepas pukul 5 jalan akan sesak teruk. Nanti lambat sampai rumah.

"Ramadan ni setahun sekali je, susah sangat ke untuk majikan ada belas ihsan terhadap staf? Ada yang kata boleh work from home ketika bulan puasa, tapi kerja kita tak semua sama, ada yang selalu kena keluar pergi site.

"Perbincangan ni tak boleh dipukul rata. Saya kerja bawah terik matahari, habis kering mulut dan tekak saya ketika berpuasa ni. Masuk waktu tengah hari memang saya dah terbayang-bayang air sejuk berais.

Jadi sesiapa yang selalu berbuka ketika azan Zohor, faham-faham sendiri la tahap iman tu dekat mana.

WARGA MAYA

"Dan kalau nak tahu Nabi Muhammad SAW pun buat pengecualian daripada berpuasa ketika berperang waktu Ramadan. Saya jelaskan sebab ramai yang selalu guna hujah ini tanpa tahu latar belakangnya," ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, seorang warga maya tampil membandingkan suasana kerja antara pekerja asing warganegara Pakistan dan rakyat Malaysia yang dilihat seperti langit dan bumi bezanya.

"Saya ceritakan pengalaman saya waktu kerja site, ada seorang kawan Pakistan ni, dalam keadaan hari yang panas membahang pun dia masih berpuasa dan bekerja keras.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Saya tanya macam mana dia boleh tahan, dia kata semua benda yang pasal peluh dan dahaga ni adalah hal kecil je, yang paling penting adalah keberkatan berpuasa. Kagum saya dengar penjelasan dia.

"Jadi sesiapa yang selalu berbuka ketika azan Zohor, faham-faham sendiri la tahap iman tu dekat mana.

"Tapi kalau sampai sudah memudaratkan kesihatan tu, ikutlah jika hendak berbuka awal, lihat kepada kemampuan diri masing-masing," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain