suria

Isteri tersakiti kena ‘pulau’ beraya di rumah mentua, suami asyik berkepit dengan mak... Ipar, biras pun segan

Para isteri memainkan peranan penting dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

SETIAP kali sambutan Aidilfitri, pastinya sering terjadi perselisihan faham dalam keluarga, terutamanya antara menantu dan keluarga mentua.

Lebih menyedihkan apabila masalah tersebut membuatkan suami isteri bermasam muka sehingga berlarutan selama berhari-hari.

Menerusi hantaran yang tular, seorang wanita mendedahkan situasi sama yang berlaku di sekelilingnya pada 1 Syawal, baru-baru ini.

Menantu dan mentua perlu saling bertolak ansur. -Gambar hiasan

Menantu dan mentua perlu saling bertolak ansur. -Gambar hiasan

"Sorry. Aku memang kasihan kat wanita, isteri yang kena 'pulau' (tidak dipedulikan) dengan suami sendiri," ujarnya menerusi laman X.

Jelasnya lagi, situasi yang berlaku menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan ipar dan biras yang turut berkunjung ke rumah mentuanya untuk menyambut hari lebaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tiada pilihan... Kena berkorban pindah bilik kecil demi keselesaan abang, kakak dan anak buah balik beraya

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rasa tak seronok nak raya, pelik dengan perasaan sendiri... Netizen suruh bersyukur, ingat mak ayah!

"Yang ambil kau dari ibu bapa kau kemudian kena 'pulau' di rumah mentua.

"Kalau kau marah sangat dekat isteri pun, tolonglah... sekurang-kurangnya tanya dia dah makan ke belum," ujarnya melepaskan geram.

Suami hanya berkahwin sebab nak ada isteri, bukan sebab nak jadi suami.

WARGA MAYA

Susulan itu, dia meminta supaya golongan lelaki lebih bertanggungjawab dan tahu 'menguruskan' isteri dengan baik terutama apabila berada di rumah mentua.

Malah, dia secara sinis berkata golongan lelaki supaya jangan berkahwin jika tidak pandai mengambil hati wanita.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan situasi yang sama selain beranggapan lelaki sedemikian hanya berkahwin kerana ingin diurus seperti bayi.

"Aku tak sempat orang nak sedar ketidakhadiran, suami dan mak mentua dah cari dulu suruh keluar tunjuk muka.

"Sejenis balik rumah mak ayah dia, isteri tak dipandang. Nak makan damai pun dengan mak dia je, apabila isteri louder (lantang bersuara) terus dicop tak pandai jaga imej suami.

"Situasi tu berlaku kalau si suami hanya berkahwin sebab nak ada isteri. Bukan sebab nak jadi suami.

"Agaknya mereka berkahwin semata-mata nak isteri gantikan tugas ibu semasa menjaga mereka dulu," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain