SETIAP individu yang datang ke klinik atau fasiliti kesihatan pasti mempunyai tujuan tertentu sama ada untuk mendapatkan ubat atau menerima rawatan serta konsultasi. Bagi sesetengah individu, niat mahu mendapatkan sijil cuti sakit (MC) juga mungkin dianggap perkara biasa. Namun bagi seorang pesakit ini, kedatangannya ke sebuah klinik ternyata mengejutkan seorang doktor. Doktor menulis sijil cuti sakit. -Gambar hiasan (Freepik) “Doktor, saya nak MC dua hari. Terkejut saya, dia masuk-masuk dah minta MC. Seorang pesakit umur 30an duduk di kerusi konsultasi, postur badannya lemah, bahunya jatuh, lebam hitam bawah matanya tampak sangat gelap. "Apabila saya tanya... sakit apa ya puan? Embun air mata mula terbentuk di hujung matanya. Saya penat doktor, dah bekerja lima tahun, tetapi saya seorang sahaja staf di situ," ujar Dr Ahmad Samhan mengimbas kembali momen tersebut. Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Samhan yang juga seorang personaliti media sosial berkata, pesakit itu bertugas di bahagian admin yang membuat kerja-kerja perakaunan. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri VIP sedang hamil hidap HIV! Suami ada boyfriend, kantoi foto dalam selimut di hotel... Balik rumah pukul bini ARTIKEL BERKAITAN: Jual produk lelaki ‘game awal’, tapi pelanggan mengadu gatal mata! Dr Samhan minta pengikut hati-hati, scammer makin agresif Bukan setakat itu, pesakit berkenaan mengeluh yang dia juga melakukan banyak lagi tugas lain termasuk menjadi pembantu peribadi. Meneruskan cerita, Dr Samhan memberitahu pesakit wanita itu dikerahkan bekerja sampai tahap mengalami muntah setiap pagi dan mula hilang selera makan. Lebam hitam di bawah mata. -Gambar hiasan Malah, pesakit yang juga ibu tunggal kepada dua anak itu pernah pitam di tempat kerja, namun tidak disedari sesiapapun. "Lepas saya tersedar, saya cuba untuk minta (cuti) separuh hari, tapi tak dilayan. Jadi, saya terpaksa sambung kerja," luah pesakit itu kepada Dr Samhan sambil menitiskan air matanya. Kita semua cari rezeki. Tapi, berilah hak kepada tubuh badan untuk berehat. DR AHMAD SAMHAN AWANG PENGAMAL PERUBATAN Bertanya lanjut, kata Dr Samhan pesakit itu bagaimanapun tidak lagi muntah-muntah seperti sebelum ini, tetapi badannya lesu dan tidak boleh lena pada waktu malam. "Sebenarnya apa yang puan perlukan adalah rehat yang cukup sebab ini bukan isu fizikal sahaja penat, tetapi mental juga terkesan. Saya jelaskan. "Tanya diri sendiri, adakah puan nak berada di tempat yang sama lima, 10 tahun akan datang? Tolong pertimbang untuk bertukar tempat kerja untuk kebaikan puan," tambah Dr Samhan. Dr Samhan berkongsi pengalaman merawat pesakit. Berpengalaman lebih enam tahun dalam bidang perubatan, Dr Samhan mendedahkan kejadian yang melibatkan pekerja ibu tunggal itu bukanlah pertama kali berlaku. "Sebenarnya bukan sekali dua ada isu seperti ini yang datang ke klinik saya. Nasihat saya, sebagai majikan kita perlu peka dengan kesihatan mental pekerja kita. "Manakala untuk pekerja, jangan mengelak daripada komunikasi terbuka dengan majikan. Luahkan apa yang terbuku dalam hati. "Setiap masalah ada penyelesaiannya. Bekerja itu satu ibadah. Kita semua cari rezeki. Tapi, berilah hak kepada tubuh badan untuk berehat," katanya menitipkan pesanan di Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube