suria

Isteri tuduh famili mentua punca perkahwinan tak bahagia! Ipar minta duit, ibu paksa suami buat loan kereta... Anak bini sendiri disuruh jimat

Campur tangan daripada keluarga menjadi salah satu faktor keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

BOLEH dikatakan kebanyakan luahan mengenai masalah rumah tangga yang dikongsikan di media sosial berpunca daripada keluarga mentua, orang ketiga atau masalah kewangan.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita mengenai masalah perkahwinannya menerusi grup Facebook.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia dan suami sering bergaduh sehingga rumah tangga mereka kini di ambang kehancuran gara-gara keluarga mentua.

"Setiap bulan (suami) bagi RM100 dekat mak ayah dia. Kami sewa rumah, beli lauk RM100, barang dapur RM100... baki kami bayar hutang.

"Anak bini makan kena berjimat... anak tiga orang. Dah bagi RM100, hari-hari adik-beradik suami minta RM10. Kadang suami bagi, kadang tak bagi.

"Saya stres minta duit cakap tak ada, adik-beradik dia minta ada pula duit. Mentua suruh saya pula kerja. Mentua paksa suami buat loan kereta untuk mereka. Suami dan saya pula kena tanggung hidup enjoy diaorang," luahnya.

mentua 2

Segelintir wanita hanya mampu memendam masalah sendirian sehingga akhirnya memberi kesan kepada kesihatan. -Gambar hiasan

Menurut wanita tersebut, dia memahami tanggungjawab suaminya sebagai anak sulung namun baginya status tersebut bukanlah 'tiket' untuk keluarga mentua meminta apa sahaja daripada anak lelaki mereka.

"Adik-beradik lain ada, kerja pun tak nak. Keluarga suami pun suka pukul-pukul anak saya yang kecil-kecil tu. Dah pukul anak saya, lepas tu tak boleh marah adik-beradik dia, nanti keluarga dia akan serang mak bapa saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin 14 tahun tak pernah ada privasi sebab mak mentua ‘kaki mengekor’, suami pula ambil ganja... Isteri hilang sabar!

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami mata duitan, durjana! Nafkah anak culas, menggila dapat tahu ‘ex-wife’ kemas kini akaun STR

Malah wanita itu mengakui, selama lima tahun usia perkahwinannya dengan suami, dirinya tidak pernah mengecap erti bahagia gara-gara perangai mentua.

Lebih menambah rasa sedih, suaminya tetap menyebelahi keluarga sendiri biarpun sering 'dibuli' oleh adik-adik dan ibu bapa.

Cubalah berbincang dengan suami. Dia yang kena main peranan tegur adik-beradik dia.

NETIZEN

"Suami pula memang tak berani buka mulut sebab sayang sangat dekat family dia. Kami selalu gaduh besar sampai suami libas kaki saya dengan pisau.

"Parut tu ada lagi cuma saya tak buat report polis masa tu. Sampai sekarang gaduh mesti suami saya ambil pisau. Seriously saya dah tak tahan.

"Kalau keluarga suami selalu minta duit, boleh ke saya buat aduan ke pejabat agama atau terus pergi mahkamah? Boleh ke saya minta cerai guna alasan keluarga suami kacau rumah tangga kami?" dia bertanya meminta pandangan warga maya.

keluarga 1

Sesetengah pasangan suami isteri terpaksa menanggung ahli keluarga mereka yang malas bekerja sehingga akhirnya mengundang masalah kepada rumah tangga.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati kepada wanita berkenaan malah turut berkongsi kisah mentua masing-masing.

"Saya dah lama alaminya. Nak tegur, keluarga suami sendiri. Akhirnya saya mampu pendam saja.

"Sabarlah puan selagi boleh bersabar. Kalau boleh slow talk, cubalah berbincang dengan suami. Dia yang kena main peranan tegur adik-beradik dia.

"Samalah kisah dengan saya. Dah berbelas tahun pendam. Sedar diri bukan menantu kesayangan. Hanya mampu panjatkan doa sahaja," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain