suria

Mak ayah subahat dengan anak bunuh kucing usia dua minggu, ikat dalam plastik! CCTV jadi bukti kelakuan kejam

Kanak-kanak akan tertarik dengan rumah kucing apabila berkunjung ke rumah orang. -Gambar hiasan

MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya.

Pepatah tersebut sering dikaitkan dengan aspek mendisiplinkan anak-anak yang masih kecil terutama ketika bertandang ke rumah orang mahupun berada di khalayak ramai.

Menerusi hantaran tular, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila anak kepada sepupunya mengganggu sangkar kucing mereka ketika berkunjung ke kediamannya sempena Hari Raya Aidiladha pada Isnin lalu.

Ziarah menziarahi merupakan adat pada musim perayaan. -Gambar hiasan

Ziarah menziarahi merupakan adat pada musim perayaan. -Gambar hiasan

"Aku ada kucing dan ditempatkan dalam rumah khas. Rumah kucing buatan aku dan abang, cuma ada selak kunci daripada luar saja.

"Rumah kucing tu agak di belakang sikit dan semua orang berkumpul di ruangan hadapan. Baru-baru ni aku ada jumpa (dan bawa balik) anak kucing umur dalam dua minggu, kat tepi rumah kedai.

"Semasa nak susukan anak kucing tu, aku tengok dah tak ada dalam rumah tu," luahnya dalam nada sayu.

Panik dengan situasi tersebut, dia bersama abangnya memulakan carian di sekitar kawasan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Air muka tuan rumah terus berubah, malu tetamu ‘open house’ tegur cat dinding tak cantik... Corak langsir, warna lampu pun dikritik

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu cari rak buku ketika ziarah didakwa tak beradab, sebenarnya ada kisah di sebalik apa yang berlaku – “Jika jumpa saya harap tidak terasa hati”

Namun malangnya, mereka tidak berjumpa dengan anak kucing berkenaan.

"Kemudian aku tanya pada semua orang, tapi tiada siapa pun nampak... jadi aku tengok guna CCTV (kamera litar tertutup).

"Rupanya anak kepada sepupu aku pergi masuk rumah tu dan ambil anak kucing. Mungkin dia nak tunjuk kat parents tapi kucing tu struggle nak (minta) dilepaskan, (kemudian) dia campak.

Patutnya daripada kecil ajar anak sayang haiwan, ni mak ayah pun macam tak cukup akal.

WARGA MAYA

"Lepas tu aku nampak parents dia kat depan kolam, salah seorang tinggalkan tempat tu dan datang semula bawa plastik... mereka letak anak kucing tu dalam plastik," tambahnya sayu.

Mengimbau kembali kejadian yang berlaku, wanita itu berkata sepupunya juga segera meminta izin untuk pulang sejurus insiden berkenaan.

Bagaimanapun pada masa tersebut sepupunya langsung tidak menceritakan tentang hal berkaitan anak kucing berkenaan mahupun memohon maaf atas kemalangan yang berlaku.

"Selepas menonton CCTV, kami sekeluarga berjumpa mereka dan bertanya tentang perkara tersebut.

"Tapi mereka jawab yang semasa sampai, anak kucing tu dah mati dan sebab itu terus bungkus dalam plastik," tambahnya.

Pencinta haiwan gemar memelihara kucing jalanan. -Gambar hiasan

Pencinta haiwan gemar memelihara kucing jalanan. -Gambar hiasan

Lebih menyedihkan apabila, sepupunya dengan selamba memaklumkan plastik berisi anak kucing berkenaan dibuang di tepi jalan.

Malah kedua-dua mereka menyatakan takut untuk memaklumkan insiden berkenaan dan akhirnya mengambil tindakan sendiri.

"Mereka cakap tak bagitahu sebab tak berani, tempoh masa lemas tu tak sampai tiga mini.

"Mungkin aku boleh selamatkan anak kucing tu lagi dan aku tak rasa dia mati masa kena balut dalam plastik," luahnya lagi.

Kejadian yang berlaku itu menyebabkan ayahnya hanya mendiamkan diri manakala ibunya meminta supaya dia tidak bergaduh dengan sepupu.

Warga maya turut meninggalkan reaksi marah di ruangan komen.

Warga maya turut meninggalkan reaksi marah di ruangan komen.

"Mak cuba tenangkan aku konon tak elok gaduh sesama keluarga. Kalau ikut hati, aku memang nak tularkan CCTV," katanya.

Hantarannya mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya meminta supaya dia membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Tidak kurang juga yang menyalahkan sepupunya kerana tidak bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku dan cuba melarikan diri.

"Anak dia buat salah tu satu hal. Mak ayah dia yang sama tak ada akal tu kenapa? Lepas ni raya cakap je semua dijemput kecuali keluarga pembunuh kucing.

"Kalau rasa nak bawa isu ni, boleh email pada [email protected]. Saya pun pernah buat aduan tahun 2019 dulu, Alhamdulillah mereka follow up cuma kes ditutup sebab tak ada bukti.

"Patutnya daripada kecil ajar anak sayang haiwan. Ni mak ayah pun macam tak cukup akal, dasar pembunuh kucing," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain