suria

Cucuk bawang putih pada duit kertas RM100, gulung sebelum hulur... Peniaga kedai makan rasa perubahan, bisnes tiba-tiba jatuh!

Sihir pelalau perniagaan dilakukan bagi menjatuhkan bisnes orang lain.

SESETENGAH individu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian termasuk mengamalkan perkara kurafat seperti sihir.

Menerusi hantaran tular, seorang pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Ustaz Hazry berkongsi kejadian menimpa salah seorang individu yang dirawatnya.

Menurutnya, individu tersebut merupakan seorang peniaga yang terkena sihir kerana jualan sentiasa laris.

Kata ustaz, akibat daripada perbuatan kurafat yang dilakukan terhadap individu tersebut, perniagaan yang dijalankan semakin merosot.

Duit sering dijadikan pengantaran sihir.

Duit sering dijadikan pengantaran sihir.

Malah katanya, kedai yang pada awalnya sentiasa ramai dengan pelanggan dan tidak pernah ditutup tiba-tiba dikatakan sering bercuti panjang.

Lebih menguatkan hujahan apabila kebanyakan pelanggan premis berkenaan sering bertanyakan kenapa kedai sentiasa tutup.

"Kedai nampak tutup berhari-hari, walhal tak pernah tutup... pelanggan sentiasa ramai sebelum ini.

"Tapi sejak kebelakangan ini, ramai yang kata kedai tak buka. Pelanggan yang masuk pun terus keluar seolah-olah nampak barang niaga dah habis.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini tak tunduk pada sihir walau bisnes banyak kali hancur dan nyaris muflis! Dah lali ungkapan ‘kau bodoh tinggal kerja kerajaan’

ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan kongsi cara batal sihir dihantar nak tutup periuk nasi! Ramai peniaga tak tahu rupa-rupanya tak boleh sembarangan ambil duit pelanggan

"Selang beberapa hari, pekerja dia baru teringat yang ada seorang pembeli datang bayar dalam keadaan duit bergulung. Masa tu pelanggan ramai, jadi tak sempat nak buka dan terus terlupa," coretnya pada video tersebut.

Bercerita lanjut, ujarnya situasi yang dialami pemilik premis berkenaan adalah angkara sihir pelalau perniagaan yang dilakukan individu yang mempunyai hasad dengki.

Berdasarkan rakaman video yang disertakan, kelihatan duit kertas bernilai RM100 dicucuk dengan bawang putih yang telah diisi dengan bahan kotor sehingga mengering dan busuk.

Apabila nak masuk mana-mana kedai, baca bismillah atau selawat Nabi Yunus.

WARGA MAYA

Bagaimanapun, dia tidak mengulas sama ada duit berkenaan adalah pengantara sihir yang dihantar atau sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan sedang berhadapan situasi sama sehingga ada yang terpaksa berhenti berniaga.

Tidak kurang juga yang berkongsikan cara untuk mengatasi sihir.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Saya peniaga kecil pun orang kata kedai tutup, lama tak buka walhal hari-hari buka. Apabila tak buka, banyak pula order.

"Apabila nak masuk mana-mana kedai, baca bismillah atau selawat Nabi Yunus. InsyaAllah.

"Sama dengan saya, dulu pernah berniaga kedai makan tapi selepas jumpa duit 50 sen depan kedai yang saya ambil simpan, kedai mula lengang tanpa orang.

"Macam saya dulu, kedai sebelah datang tukar duit. Kemudian orang asyik cakap kedai selalu tutup, apabila pergi berubat, rupanya terkena sihir guna duit," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain