TANAMAN hiasan atau sayur-sayuran di halaman rumah bukan sahaja dapat menyejukkan mata, malah ia menjadi terapi yang menenangkan minda bagi sesetengah individu. Sama seperti haiwan peliharaan, tanaman juga dianggap sebagai sebahagian daripada perkara yang disayangi pemiliknya. Tidak dapat dibayangkan betapa luluhnya hati apabila tanaman yang dijaga dengan penuh kasih sayang musnah angkara haiwan peliharaan orang lain. Itulah situasi yang dilalui individu ini apabila tanaman hiasannya diragut kambing milik jirannya. Video ketika kambing jirannya sedang meragut tanaman yang sempat dirakam. Dalam perkongsian di TikTok, individu tersebut turut memuat naik video yang sempat dirakam ketika sekawan kambing milik jirannya sedang meragut tanaman hiasan di halaman rumah. Menurut individu berkenaan, rumahnya tidak mempunyai pagar untuk menghalang haiwan tersebut daripada menceroboh kerana ia adalah rumah sewa. ARTIKEL BERKAITAN: Duduk ‘rumah taman’ tapi bela kambing, 2 jiran terpaksa ‘cabut’ tak tahan bau tahi - “Dah tegur tapi jawapan diberi sangat tak disangka” ARTIKEL BERKAITAN: Jiran otak geliga! Bina kandang kambing sebelah rumah orang, nak elak kediaman sendiri busuk - “Memang tanah dia tapi...” "Dah beratus kali pergi tegur depan-depan. WhatsApp jiran tu dan tuan rumah. Tapi depa (mereka) tak peduli pun. Tuan rumah cakap suruh sabar supaya dapat pahala. "Sabar ya pokok-pokokku yang dah ke syurga," tulisnya dalam video berkenaan. Cakap dekat dia semula, kalau kambing kena kutip, nanti bawa bersabar jugalah. NETIZEN Mengakui kecewa dan penat apabila aduan yang disuarakan kepada jirannya yang juga pemilik kambing dan tuan rumah sewa tidak diambil berat, individu tersebut berkata dia hanya mampu bersabar dan menghalau haiwan berkenaan setiap kali halaman diceroboh. "Sakit tiap kali tengok pokok-pokok licin ditelan. Fiddle Fig (nama jenis pokok) pun kena... padahal bergetah. Kambingnya telan segala jenis pokok," tulisnya lagi. Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian netizen dan sehingga kini meraih lebih 47,000 jumlah tontonan. Komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. Menjengah ruangan komen pula, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai cadangan kepada individu berkenaan supaya dia 'membalas' kembali perbuatan jirannya yang tidak pandai menjaga haiwan peliharaan sendiri. "Buat kari kambing kemudian hantar kepada jiran semangkuk. "Hantar je pergi kedai kambing perap. Kalau jiran tanya, suruh dia reda dan sabar saja. Banyak pahala bagi orang makan percuma. "Cakap dekat dia semula, kalau kambing kena kutip, nanti bawa bersabar jugalah. "Raya korban dua kali setahun dibolehkan," demikian antara komen lucu netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube