SESEORANG itu akan mula mengenali luar dalam pasangannya apabila tinggal sebumbung dan tidur sekatil. Namun, perangai sebenar yang ditonjolkan ada kalanya tidak disenangi, malah dilihat menjengkelkan pada mata isteri atau suami. Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang lelaki tampil menasihatkan para wanita untuk bersabar ketika berhadapan dengan gelagat suami yang kurang senonoh. Hubungan suami isteri mempunyai naik dan turunnya. -Gambar hiasan Menurutnya, walaupun perangai kebudak-budakan si suami sering memanaskan hati isteri, ia adalah satu petanda bahawa suami sudah selesa dengan rumah tangga yang didirikan. "Saya faham perasaan isteri apabila kali pertama nampak suami tidur berdengkur, buang stoking merata-rata, tinggalkan tuala tidak bersidai dan biarkan sampah bertimbun. Rasa macam nak hilang sabar dan mengamuk je dekat suami. "Tapi cuba kita lihat daripada sudut positif, semua ini bermaksud suami awak sudah menjadi dirinya yang sebenar, bukan lagi berpura-pura di depan awak. Walaupun sedikit merimaskan perangainya, tapi percayalah dia sangat sayangkan awak. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video ARTIKEL BERKAITAN: Suami mesra chat rakan ‘office’, dah kantoi label pula isteri cemburu buta - “Pukul 2 pagi dia minta maaf dekat perempuan tu” "Suami inilah yang akan berada di sisi awak ketika susah dan senang, yang akan membuatkan awak ketawa ketika sedang bersedih, yang akan memeluk awak ketika sedang menangis. "Bermula daripada hari ini, jika suami membuatkan awak pening, ingatlah bahawasanya awak sedang menjalani hubungan yang benar, tulus dan jujur. Ini adalah perjalanan gila dan indah awak bersama suami," ujarnya memberikan semangat. Tambah lelaki itu lagi, perkara penting dalam perkahwinan adalah kebolehan untuk menerima kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tapi kalau dah setiap hari balik kerja kena hadap perangai (pengotor) macam ni, penat juga bang. WARGA MAYA "Dengan memahami bahawa ketidaksempurnaan adalah sebahagian daripada hubungan yang tulen, kita belajar untuk menghargai perjalanan yang penuh cabaran ini," jelasnya. Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata kesabaran seseorang itu mempunyai hadnya. "Tapi kalau dah setiap hari balik kerja kena hadap perangai macam ni, penat juga bang. Lama-kelamaan rasa sayang tu boleh jadi pudar dan digantikan dengan rasa meluat. Pelayar bertukar pandangan. "Kalau kadang-kadang boleh la saya toleransi, cuma jika kerap sangat mungkin kita kena bincang, jangan normalisasikan benda salah. "Tak dinafikan, saya geram dengan suami setiap kali dia buat perangai macam ni, tapi kemudian saya pandang wajah dia, saya sedar dia banyak berkorban untuk cari nafkah buat keluarga. "Kalau dia boleh terima kekurangan saya, saya juga seharusnya boleh buat perkara sama," ujar warga maya Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube