PASTI rata-rata dalam kalangan kita menganggap ahli keluarga yang memegang gelaran anak bongsu kebanyakannya bertuah kerana sering dimanjakan dan mampu mendapatkan apa sahaja perkara yang diinginkannya. Baik daripada ibu bapa atau adik -beradik lain, boleh dikatakan setiap permintaan si bongsu pasti akan ditunaikan lebih-lebih lagi bagi yang berasal daripada keluarga berkemampuan. Namun begitu, tidak bermaksud situasi ini boleh menjadi tiket untuk golongan anak bongsu mengambil kesempatan. Dalam satu hantaran di laman X, seorang pelayar berkongsi kisahnya yang tidak pernah diberikan duit setiap bulan oleh abang-abangnya. Segelintir anak muda melakukan pekerjaan sambilan untuk meraih pendapatan. -Gambar hiasan "Saya berumur 24 tahun, masih belajar. Anak bongsu dan seorang perempuan dalam adik-beradik. "Ada empat abang semua dah bekerja dan tiga dah berkahwin. Pelik ke kalau tak ada seorang pun yang bagi duit poket dekat aku?" tulisnya dalam hantaran tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Siswa terdesak tiada duit nak makan, biasiswa habis dijoli kakak dan abang... Minta hulur sikit pun tak dapat! ARTIKEL BERKAITAN: Abang terkedu adik bongsu masih bersekolah beri duit raya, ‘kunci mulut’ enggan beritahu sebab nangis teresak-esak Tambah individu berkenaan, dia semakin makan hati apabila mendengar komen daripada orang lain yang menganggap tidak patut 'dilayan' sedemikian sebagai seorang adik bongsu. "Kenapa orang hairan abang-abang aku tak bagi duit belanja bulan-bulan? Mereka kata wali ramai tapi tak tanggung. Tersentap aku dengar," tulisnya lagi. Kalau mereka hulur tu ihsan. Kalau tak, survive la. Cuba anak laki cakap gini, memang kena lempang. NETIZEN Hantaran tersebut yang dikongsikan di akaun @meinmokhtar mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya mengecam individu berkenaan. Menurut mereka, individu tersebut tidak wajar mementingkan diri atau mengambil kesempatan apatah lagi tidak mengetahui status kewangan abang-abangnya yang sudah berkeluarga. Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Dah kenapa pula nak tanggung adik umur 24? 'Masih study' bukan alasan. Abang-abang yang dah kahwin tu ada family sendiri. Ikutkan parents pun sebenarnya dah minimal dah nak tanggung umur sampai 24 tahun ni. Kawan-kawan yang cakap macam tu geng terpaling princess la tu. "Tolong jangan dengar cakap kawan atau mazhab social media sebab tak semua betul. Hidup ni keras... usaha sendiri untuk dapatkan duit. "Kalau mereka hulur tu ihsan. Kalau tak, survive la. Cuba anak laki cakap gini, memang kena lempang," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube