suria

Tak jadi ‘dating’ naik motosikal, ibu senyum lebar nampak Proton S70 kesukaan! Kejutan menjadi, anak bawa mak rasmi kereta baharu

Tuah membuat kejutan kepada ibunya selepas membeli kereta pertama.

TIADA apa yang lebih membahagiakan anak apabila melihat ibunya tersenyum bangga dengan kejayaan serta pencapaian yang diraihnya.

Bukan sekadar pencapaian peribadi, malah kejayaan yang dikecapi menjadi lebih bermakna kerana terselit pengorbanan yang tidak berbelah bahagi serta doa daripada ibu.

Sebuah video di laman TikTok yang memaparkan reaksi seorang ibu apabila melihat kejayaan anak lelakinya membeli kereta pertama, benar-benar membuat warga maya tersentuh.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang dikenali sebagai Tuah berkata, video berkenaan dirakam pada Selasa ketika dia baharu mengambil kereta model Proton S70.

"Semalam lepas ambil kereta, terus ke rumah ibu. Selalunya setiap kali cuti memang ke rumah ibu. Saja bawa dia keluar jalan-jalan, makan, beli lauk tapi naik motor.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi ‘ikat’ suami, harap diberi lebih perhatian ketika berpantang

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah motosikal menjadi, rasmi bawa pergi masjid! Tapi netizen ‘melting’ tengok bapa... “Pakcik ni masa muda confirm handsome”

"Jadi hari tu, saya call dia nak ajak keluar. Macam biasa, ibu dah siap-siap pakai helmet dan turun apabila saya sampai.

"Ibu memang tak tahu langsung saya nak buat kejutan. Sambil berjalan tu siap tanya lagi... mana motor engkau?

ANAK 2

Tuah bersama ibunya, Pn Amirah.

"Kemudian apabila nampak kereta baru diparkir, ibu dah boleh agak. Bermakna sangat senyumannya. Ibu orang yang rasmi dulu. Lepas tu saya bawa berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah," ujar pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur ini.

Menurut Tuah yang bekerja dalam bidang telesales, dia sebelum ini menggunakan sebuah motosikal yang dibeli menggunakan wang hasil titik peluh sendiri selama tujuh tahun.

Kalau ikut minat asal, saya pasang impian ambil Honda City Hatchback tapi saya tahu ibu suka S70, jadi saya ikut kesukaan ibu.

TUAH

"Saya bukan daripada keluarga yang senang. Tahun 2017 ketika Tingkatan Lima, saya beli motor guna duit sendiri. Tapi waktu tu guna nama abang sebab masih bawah umur.

"Dengan motor itulah saya guna untuk mencari rezeki, bawa ibu berjalan-jalan. Ibulah antara sebab utama yang mendorong saya untuk membeli kereta.

"Model Proton S70 inipun adalah kereta yang ibu suka. Dia tak tahu pun kereta nama apa, cuma apabila nampak di jalan raya, dia kata cantik.

"Kalau ikut minat asal, saya pasang impian ambil Honda City Hatchback tapi saya tahu ibu suka S70, jadi saya ikut kesukaan ibu," ujarnya lagi.

ANAK 3

Tuah bersama ibu dan adik beradiknya.

Tidak menyangka video perkongsiannya menjadi tular, Tuah berkata dia hanya sekadar memuat naik untuk kenangan peribadi.

"Saya terharu baca komen-komen netizen. Apa yang boleh saya katakan, jangan lupa ibu. Sebelum buat sesuatu, ingat ibu.

"Allah janji siapa yang meratukan ibu akan menjadi raja, buat dia bahagia... tiada kuasa atas dunia mampu jatuhkan kita kerana doa ibu kunci segalanya," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain