SETIAP individu pasti meletakkan ciri-ciri tertentu dalam memilih seseorang untuk dijadikan teman sehidup semati. Dalam situasi ini golongan wanita dikatakan lebih cerewet dan teliti bagi memastikan bakal suami dapat menjadi ketua keluarga yang baik. Kebiasaanya golongan Hawa akan memastikan bakal suami berkenaan mempunyai status kewangan yang stabil, serta mempunyai sikap dan gaya hidup yang menyenangkan. Wanita berkahwin sering disalahkan apabila tidak mengandung, hakikatnya berpunca daripada suami perokok. - Gambar hiasan Selain itu ada wanita tidak kisah andai bakal suami mereka adalah perokok, namun sebahagian daripada mereka yang anti perokok sanggup memutuskan hubungan jika tabiat itu tidak dibuang. Di media sosial seorang wanita meluahkan rasa geram terhadap teman lelakinya yang masih lagi merokok walaupun sudah berjanji akan meninggalkan tabiat buruk itu sebelum berkahwin. Dek kerana kecewa, dia sanggup berpisah dengan lelaki berkenaan kerana beranggapan perokok akan menjadi punca kepada kemandulan. ARTIKEL BERKAITAN: Kajian terbaharu dedah vape sebabkan zakar mengecut! Ubah tabiat, tinggalkan segera e-rokok ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘tersakiti’... Tak boleh terima hakikat ada perempuan ‘reject’ calon suami perokok, hisap vape "Aku hampir lupa pasal janji dia nak berhenti merokok sebelum kahwin. Macam tiada harapan je tu. Jadi aku malas nak minta dia quit smoking dah. "Tapi aku takkan kahwin jika terus dia hisap rokok. Nanti kalau tak dapat anak, yang disalahkan perempuan bukannya lelaki. PENGADU "Walaupun vapes. Nanti kalau tak dapat anak, yang disalahkan perempuan bukannya lelaki. Padahal lelaki yang tak subur sebab merokok, annoying," katanya. Sementara itu di ruangan komen, terdapat warga maya yang menyokong wanita berkenaan kerana mempunyai sejarah berkaitan lelaki merokok dan ada juga mengkritik kerana dianggap terlalu cerewet. Reaksi warga maya "Ayah sya perokok tegar, tapi apabila dapat anak sulung iaitu abang saya dia terpaksa duduk dalam incubator kerana ada masalah paru-paru. Ayah saya terus berhenti kerana rasa bersalah. "Dia kata Tuhan nak tunjuk... jatuh air mata jantan tengok anak sakit disebabkan bapa sendiri," kongsi seorang warga maya. "Kena berhenti bercinta dengan dia... tidaklah buang masa. Kawan saya nak suami tak merokok tetapi kahwin juga dengan perokok. Akhirnya kerap bergaduh sampai suami kecil hati," dedah seorang lagi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube