PERKHIDMATAN yang disediakan untuk kegunaan bersama seharusnya dimanfaatkan secara berhemah. Namun ada kalanya wujud segelintir masyarakat yang bersifat keras kepala dan tidak mempunyai budi pekerti ketika menjalani kehidupan harian. Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang lelaki berkongsikan rasa terkejut apabila melihat sehelai kertas ditampal pada sebuah dispenser air, dipercayai terletak di kolej kediaman pelajar. Berpada-pada menggunakan kemudahan di tempat awam. -Gambar hiasan Pada kertas tersebut tertera notis pemberitahuan yang agak kasar nadanya, berkemungkinan amaran terakhir setelah pesalah berkali-kali tidak 'makan saman'. "Tolong jangan ambil air sejuk sampai satu botol besar. Dispenser air ni bukan bapa kau yang punya! Orang lain pun nak juga air sejuk tu. "Kalau mahu isi air dalam botol, sila pilih ketetapan air suam. Atau terus pergi ke mesin air di tingkat bawah," ujar notis tersebut kepada sesiapa yang berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Makcik berpurdah berebut sambal kerang, kuat menyindir... Wanita tengah beli nasi lemak tahan sabar, hormat orang tua ARTIKEL BERKAITAN: 8 beradik berebut rumah sewa 24 unit, ‘perjanjian mulut’ bertukar selepas ibu meninggal! Bapa usir anak tunggal lelaki tukang bina kediaman Menjengah ke ruangan komen, warga maya menceritakan ragam hampir serupa yang dihadapi di tempat kerja masing-masing. "Saya faham apa yang tukang tulis tu rasa, dekat pejabat saya ada staf seramai 60 orang. Setiap seorang itu memang kerap ambil air sejuk guna botol besar. Dispenser sampai tak terkejar nak topup air sejuk sepanjang waktu. "Akhirnya dispenser air di pejabat tu rosak. Kita kena faham, air daripada dispenser memerlukan masa untuk disejukkan di dalam tangki. Bukannya air tu terus sejuk apabila masuk dari paip ke dalam dispenser. Demi keharmonian bersama, tinggalkan sedikit air sejuk kepada orang lain. WARGA MAYA "Jika anda mempunyai common sense, cukuplah hanya bawa cawan untuk minum air sejuk tu, bukan terus heret botol besar. "Walaupun tiada siapa boleh halang dan merupakan hak awak untuk minum air sebanyak mana yang awak nak, tapi demi keharmonian bersama, tinggalkan la sedikit air sejuk kepada orang lain," ujar pelayar mengutarakan pandangan. Dalam pada itu, pelayar juga meminta pihak pengurusan untuk bertanggungjawab menaik taraf dispenser air yang sedia ada. Pelayar bertukar pandangan. "Kalau dah tahu dekat tempat tu ada ramai pengguna, management pun kena la cakna untuk tambah bilangan dispenser air. Ini letak satu je, tapi yang nak gunanya sampai berpuluh orang, memang beratur panjang la. "Lepas tu berebut-rebut semua nak air sejuk, Malaysia ni pula negara beriklim panas. "Rasanya dekat pasaran sekarang sudah ada teknologi dispenser yang mampu sejukkan air dengan serta-merta apabila masuk ke dalam tangki. Jadi tak perlu tunggu lama untuk dispenser isi semula air sejuk. "Harap ada yang bermurah hati tambah bajet dan dapatkan dispenser air macam ni," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube