suria

Sangka ada kejutan ‘anniversary’, rupanya pergi main takraw... Isteri makin kecewa suami balik tangan kosong - “Ingat ada kek sepotong”

Kejutan dan sambutan ringkas sempena hari istimewa mampu membahagiakan pasangan. -Gambar hiasan

KEJUTAN sempena hari istimewa daripada pasangan masing-masing pasti menjadi momen indah yang mampu menghangatkan lagi hubungan.

Namun harapan seorang isteri yang mahu menerima kejutan daripada suaminya sempena hari istimewa mereka tidak kesampaian.

Perkara itu diluahkan wanita berkenaan menerusi satu hantaran di laman sosial.

Wanita ini meluahkan kekecewaannya. -Gambar hiasan

"Saya sedih sebab letak harapan tinggi pada suami. Semalam hari jadi saya dan ulang tahun perkahwinan kami.

"Saya ingat suami balik lambat sebab ada kejutan ke apa. Rupanya dia pergi main sepak takraw dengan kawan-kawan," katanya tanpa mendedahkan usianya mahupun maklumat tentang ulang tahun perkahwinan mereka itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin!

Lebih menyedihkan, kata wanita itu si suami hanya pulang ke rumah selepas dia menghubunginya untuk membuat pesanan.

"Dia balik rumah pun selepas saya ingatkan dia supaya belikan susu anak," ujarnya.

Kalau boleh pergi main sepak takraw, sudah tentu boleh ingat birthday dan anniversary.

WARGA MAYA

Terus meluahkan apa yang terpendam, wanita itu berkata dia bukanlah mengharapkan sambutan hari jadi yang mewah untuk meraikannya.

Tapi apa yang diharapkannya adalah ingatan daripada insan tersayang bergelar suami.

"Tapi sekurang-kurangnya harap dia bawa balik kek sepotong," katanya lagi.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan rasa simpati terhadap wanita itu gara-gara sikap suami yang tidak prihatin.

Pada masa sama, wanita itu turut dikritik kerana masih tidak mengenali hati budi suami meskipun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.

"Sedihnya, suami dia tak ada common sense walau sikit pun.

"Kasihannya, sakit yang teramat dalam tu. Memang lelaki ni tak ada hati? Kalau boleh pergi main sepak takraw, sudah tentu boleh ingat birthday dan anniversary.

"Dah ada anak pun tak kenal lagi suami macam mana? Tahun-tahun sebelum sambut ada kejutan ke? Kalau tak pernah ada sepanjang perkahwinan, memang tak akan ada la melainkan kau minta. Tak perlu lah berharap," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain