suria

Isteri tak sanggup PJJ, suami berhenti kerja ‘oil and gas’ gaji 30K... Desak masuk badan beruniform, bagi alasan lebih terjamin

Hubungan jarak jauh merupakan cabaran bagi pasangan yang bekerja di luar kawasan. -Gambar hiasan

LIMA tahun pertama perkahwinan merupakan fasa yang paling banyak dugaan bagi pasangan suami isteri.

Ujian tersebut benar-benar dirasai oleh seorang lelaki yang mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, zaman bercinta mereka bertahan selama hampir empat tahun sebelum bernikah.

Seorang wanita melakukan kerja-kerja rumah. -Gambar hiasan

Menerusi satu hantaran di laman sosial, dia memaklumkan telah membuat satu keputusan besar dengan berhenti kerja demi sayang dan kasih kepada isteri.

"Sebelum kahwin saya kerja di syarikat minyak dan gas. Gaji hampir mencecah RM30,000 sebulan.

"Isteri pula kerja sebagai anggota polis. Masa bertunang, dia masuk rekrut dan sampai sekarang dia masih bertugas dalam pasukan beruniform," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan ulang-alik jaga isteri sakit kanser, Ustaz Izzuddin kini hidap MDD... Pertukaran dari Sarawak ke Kelantan tak lulus, belum cukup 3 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlantar sakit curang dalam wad hospital, main cinta dengan bini pesakit katil sebelah... Lepas sihat terus cerai isteri!

Selepas berkahwin, kata lelaki itu, isterinya enggan menjalinkan hubungan jarak jauh dan sebagai suami, dia mengikut kemahuan dengan berhenti kerja.

"Saya kerja bawa lori dengan syarikat minyak dan gas. Gaji agak okay juga," ujarnya tanpa mendedahkan pendapatannya dengan pekerjaannya sebagai 'pilot darat' itu.

Memilih untuk menjadi pemandu lori selepas berhenti kerja. -Gambar hiasan

Namun sangkaannya meleset kerana isterinya masih kurang senang dengan kerja sebagai pemandu lori.

"Isteri selalu jadikan isu minta saya berhenti dan sertai badan beruniform sedangkan saya tidak minat.

"Dia pernah kata yang kerja saya macam tidak menjamin sekiranya terjadi apa-apa seperti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kerana ada risiko dibuang kerja," jelasnya.

Susahlah tak reti bersyukur. Orang lain sampai letih cari kerja.

WARGA MAYA

Tambahnya lagi, isu sama mengenai sumber pendapatannya sering dibangkitkan isteri sehingga membuatkan mereka bergaduh.

"Kadang-kadang kami bergaduh besar juga. Adakah isteri nak sekufu kerja dengan kerajaan atau badan beruniform? Sebab kakak dan suaminya anggota badan beruniform juga. Mungkinkah dia cemburu dengan kakak dia?" soalnya.

Anggota pasukan beruniform merupakan kerjaya yang disegani ramai. -Gambar hiasan

Luahan lelaki itu membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati segelintir warga maya terhadap isterinya yang dianggap tidak tahu bersyukur dan hanya mementingkan diri sendiri.

"Susahlah tak reti bersyukur. Orang lain sampai letih cari kerja. Dah ada kerja gaji tak besar pun tapi bersyukur, janji berkat. Suruh isteri tu bersyukur dengan rezeki Allah.

"Alahai, biarlah je la suami tu nak kerja apa. Janji dia kerja. Nanti tak kerja, kau memekak pula. Kerja ni kita tak boleh nak paksa dia kerja apa. Biarlah dia kerja dalam bidang yang dia minat.

"Selagi suami rajin dan jalankan tanggungjawab, okay je. Badan beruniform banyak ke gaji? Tapi kalau sayangkan hubungan, mengalah je la walau tak rela. Mungkin ada hikmah yang Allah nak bagi nanti. Gaduh-gaduh penat," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain