suria

Isteri teringin nak gigit tayar, bagi alasan mengidam... Suami tak cakap banyak, segera bawa ke bengkel - “Nasib baik tauke faham”

Nafsu diri perlu dikawal agar tidak membawa mudarat. -Gambar hiasan

WANITA berbadan dua cenderung menyuarakan pelbagai permintaan, kononnya hendak memenuhi perasaan mengidam.

Namun ia menjadi bebanan kepada si suami apabila isteri mengidamkan perkara aneh yang sukar untuk ditunaikan.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita menceritakan pengalaman seseorang yang melucukan dan pada sama merisaukan mengenai ragam ibu mengandung.

Tanggungjawab seorang suami untuk mengawal isterinya daripada bersikap keterlaluan. -Gambar hiasan

Menurutnya, ibu tersebut yang dikatakan sudah sarat mempunyai selera untuk menjamah bahan sintetik di sebuah bengkel kereta.

"Ini kes yang pernah berlaku dulu, ada seorang ibu hamil tiba-tiba mengidam nak gigit tayar. Suami pun layankan dengan membawa isterinya ke sebuah bengkel diusahakan tauke berbangsa Cina.

"Suami wanita tu terangkan kepada tauke apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana keadaan isteri dia. Nasib baik tauke tu memahami, dia suruh semua staf dia keluar untuk kosongkan kedai supaya ada privasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi isteri mengidam, suami ketuk rumah penjual ketupat palas tengah malam... Syukur peniaga sedekah, seolah-olah tahu ‘belum gaji’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami main billiard sampai subuh, isteri mengidam tak dilayan! Mujur bapa mentua tahu cara nak ‘ajar’ menantu

"Selepas sudah tiada orang, ibu tu pun meneruskan agendanya, dia gigit kesemua tayar di dalam bengkel tu sehingga puas. Pelik tapi ia benar berlaku," cerita wanita tersebut.

Melewati ke ruangan komen, warga maya lain turut berkongsi pengalaman hampir serupa ketika mengandungkan cahaya mata.

Mungkin saya punya paling rare... saya suka bau hanyir ayam yang mentah.

WARGA MAYA

"Ya betul, tak tahu la apa nasib jadi perempuan ni, ketika ada kandungan dalam perut, terus seluruh badan jadi melalut. Pernah satu ketika tu, teringin sangat nak makan buah ciku, terus saya merayu dekat suami.

"Tapi apabila dah sampai buah ciku tu depan mata, hilang pula selera saya ni, setakat boleh tengok je. Saya pun tak pasti apa yang tak kena dengan badan saya, ajak main-main pula.

Pelayar bertukar pandangan.

"Kalau untuk saya pula, waktu zaman mengandung dulu saya suka bau minyak petrol. Dia rasa macam menghkayalkan, saya lebih tenang. Tapi suami marah, dia tak bagi saya hidu lama-lama sebab katanya benda tu toksik.

"Mungkin saya punya paling rare, saya suka bau hanyir ayam mentah. Tapi kalau bau ayam goreng je saya akan terus muntah, rasa mual tekak ni," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain