PERSELISIHAN faham atau pertelingkahan kecil antara adik beradik adalah perkara biasa dalam keluarga. Bagaimanapun seharusnya ia diselesaikan dengan perbincangan agar tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan sehingga tahap ikatan silaturrahim terputus. Dalam satu hantaran di laman Facebook, seorang pelayar berkongsi kisah sedih yang dialami gara-gara perselisihan faham dengan kakak kandungnya. "Saya ada masalah dengan kakak saya. Kakak saya ambil alih tugasan jaga emak yang sebelum ni saya jaga. "Kakak saya berubah perangai sejak rumah tu mak jualkan kepadanya. Mak saya masih sihat, boleh jalan dan boleh uruskan diri. Tidak semua individu bertuah dilahirkan dalam keluarga yang penyayang. -Gambar hiasan "Cuma masalahnya mak minta saya balik untuk jenguk mak di rumah. Saya pernah balik dan hanya berjumpa mak di luar rumah iaitu di bahagian anjung dan telah diserang oleh kakak kerana risau mak mengadu hal dengan saya," dakwanya dalam hantaran berkenaan. Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, situasi tersebut secara tidak langsung menyukarkan dia untuk menjenguk ibu yang sudah berusia. ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu gaji 7K enggan balik beraya, penat jadi ‘bank’ 6 adik beradik lain! Tak bagi duit dicop ‘kedekut’ ARTIKEL BERKAITAN: 8 beradik berebut rumah sewa 24 unit, ‘perjanjian mulut’ bertukar selepas ibu meninggal! Bapa usir anak tunggal lelaki tukang bina kediaman "Sebelum ni saya balik jenguk emak. Saya masuk atas izin mak dan mak yang bukakan pintu. "Tapi selepas saya balik ke rumah saya, kakak hantar mesej menuduh saya masuk ke rumahnya macam pencuri. "Keseluruhan barang dalam rumah mak adalah sebahagian pemberian saya pada mak dan banyak barang saya yang beli. Saya tak ambil satu pun. "Cuma saya bimbang jika mak saya pejam mata, bagaimana untuk saya balik ziarah mak saya," luahnya. Paling penting ibu memahami situasi sebenar supaya tiada salah sangka atau diburukkan. NETIZEN Individu berkenaan menambah, dia pernah membuat laporan polis selepas diganggu oleh kakaknya namun tiada tindakan dapat diambil kerana wanita tersebut tidak memberikan kerjasama. "Adakah perlu untuk saya laporkan kepada polis sebelum saya balik (jenguk mak) kerana bimbang diserang. "Saya cuma nak lindungi anak-anak saya daripada terkait dengan masalah keluarga dan demi menjaga emosi anak-anak saya," tulisnya lagi. Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. Perkongsian pelayar berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil berkongsi nasihat dan pandangan sebagai solusi kepada situasi yang dialaminya. "Cara terbaik, ajak mak tinggal dengan awak. Tentang pemberian awak kepada mak, dah jadi hak mak. Andai mak dah tiada, semuanya kena faraid. "Berbincang dengan kakak untuk menjaga emak. Jika boleh sebulan di rumah awak dan bulan berikutnya rumah kakak. Jika itu menjadi pertikaian. Bab perabot yang awak dah beli tu bawa bincang dengan kakak. "Lapor polis jika ada ancaman. Balik biarlah berteman supaya ada saksi. Dan paling penting ibu memahami situasi sebenar supaya tiada salah sangka atau diburukan jika tidak dapat berkunjung selalu," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube