CUACA tidak menentu sejak kebelakangan ini membuatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecelakaan. Cabaran lebih besar apabila berada di jalan raya ketika atau selepas hujan. Namun ada kalanya kita tidak dapat mengelak daripada menjadi 'mangsa' kemalangan di jalanan akibat kecuaian pengguna lain. Perkara sama terpaksa dilalui penunggang motosikal jenis KTM Duke 250, dikenali sebagai Yui selepas dia terbabas akibat mahu mengelak daripada melanggar penunggang lain yang menukar lorong secara tiba-tiba. Tangkap layar menunjukkan situasi ketika kemalangan berlaku. "Santai-santai bawa motor, tiba-tiba (dilanggar). "Saya geram sebab jatuh macam ni. Tiba-tiba je dia tukar lane (lorong) tanpa amaran. "Apa benda ni, bro? Kau tukar lane macam tu. Allahuakbar!" keluhnya dalam nada kecewa. Menerusi perkongsian Yui di TikTok, video daripada kamera badan (body camera) yang dipakaikan jelas menunjukkan seorang pekerja penghantar barang menukar laluan jalan secara meluru. Situasi itu menyebabkan Yui terpaksa membrek secara mengejut sebelum berlaku perlanggaran kecil hingga akhirnya dia terbabas di bahu jalan. Dalam suasana tegang itu, Yui kemudiannya mendapatkan penunggang motorsikal terbabit dan segera mengarahkannya menolak kenderaan ke bahagian tepi. Berdasarkan perbualan antara mereka, difahamkan pekerja p-hailing terbabit sedang leka melihat telefon bimbit ketika dia menukar lorong. ARTIKEL BERKAITAN: Langgar bonggol, makanan tercampak keluar dari beg... rider terkedu dapat mesej suara daripada anak pelanggan ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik MPV tunjuk reaksi tak disangka selepas ‘soal siasat’ rider langgar keretanya - “Saya dah buat salah, takkan nak lari” "Kenapa tukar lane macam tu? Bahaya tu... pergi sana (arah ke bahu jalan) dulu. Tak pasal-pasal (kemalangan)" ujar Yui dengan tenang. Seperti yang dikongsikan dalam video, kedua-dua penunggang motosikal itu tidak mengalami kecederaan. Malah, Yui masih sempat mengambil masa untuk memeriksa keadaan motosikal jenis Honda Wave 110 yang ditunggang pekerja p-hailing tersebut. Dalam marah-marah tapi hati baik, siap sedekah lagi. NETIZEN "Kau okey tak? Tengok cermin (sisi) dulu. Jangan main masuk je macam tu. Bahaya tu, jangan tengok telefon. "Nasib baik tak ada apa-apa sebab saya bawa perlahan. Kalau motosikal laju tadi?" bebel Yui secara bersahaja. Sebelum bersurai, Yui sempat meminta maaf dan menasihati pekerja p-hailing terbabit supaya lebih berhati-hati terutama dalam keadaan jalan yang licin selepas hujan. Komen netizen di TikTok. Bukan itu sahaja, Yui malah sempat menghulurkan RM20 kepada individu tersebut. Hingga kini video yang dikongsikan Yui di TikTok meraih lebih 3.1 juta tontonan di TikTok. Rata-rata warga maya mengagumi cara Yui menangani situasi berkenaan yang menurut mereka bagaikan 'melawan hukum alam' kerana dia langsung tidak beremosi selain menjaga tutur kata. "Ya Allah, aku nak sabar macam abang ni juga. "Awak marah ke membebel? Saya keliru ni sebab comel sangat. "Dalam marah-marah tapi hati baik, siap sedekah lagi... terbaik la bro. "Lain macam ya. Orang tu bersalah, kau yang hulur buat ganti cermin sisi dia," komen beberapa warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube