ADA kalanya kita perlu berdepan dengan situasi sukar terutamanya apabila melibatkan hubungan antara keluarga dan pasangan. Situasi sama berlaku kepada wanita ini apabila dia berbelah bahagi kerana terpaksa membuat keputusan besar dalam hidup selepas mendirikan rumah tangga awal Februari lalu. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia dihantui rasa bersalah untuk meninggalkan bapanya yang sebelum ini banyak membantu menguruskan bisnesnya selama dua tahun. Seorang wanita berada dalam dilema selepas bernikah. -Gambar hiasan "Selepas berkahwin, saya ada ajak suami untuk bantu saya (berniaga) tapi dia bantu tak lama lebih kurang dalam empat bulan saja sebab segan dengan bapa mentua. "Dalam masa sama suami saya ni bekas tentera elit jadi dia suka pekerjaan lasak, dia juga bukan seorang bussines-minded. "Kemudian suami saya minta kerja sebagai pengawal peribadi dan sudah mula bekerja Jun tempoh hari," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tergores hati, suami terus terang pilih utamakan adik-beradik... Beri alasan jika bercerai terus tiada kaitan ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah puas hati jaga dia” - Jururawat reda diceraikan lepas 5 tahun jaga suami sakit, doa moga bahagia dengan isteri baharu Bagaimanapun, kehidupannya agak sukar kerana dia terpaksa menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) dengan pasangan. Jauh di sudut hati, dia mahu mengikut suami namun timbul rasa serba salah apabila memikirkan keluarganya yang selama ini bergantung harap kepadanya melalui bisnes yang dibuka. "Memikirkan nasib keluarga saya... sebulan saya bayar RM4,000 kepada ayah sebagai gaji dia membantu saya. Kiranya 100 peratus memang mengharapkan saya sebagai tulang belakang keluarga. "Sekiranya saya berpindah ikut suami siapa yang akan bagi dia duit. Dia nak bekerja di mana sebab usia dia pun sudah 55 tahun. Ikut hukum agama, wajib ikut suami. NETIZEN "Kalau sebulan saya bagi dekat famili saya RM4,000 pun saya rasa di luar kemampuan saya. Sebagai seorang anak dan isteri, saya buntu," katanya. Hantaran dikongsikan wanita ini dibanjiri pelbagai pendapat netizen yang bersimpati dengan nasibnya. Rata-rata netizen memberikan nasihat dan cadangan kepada wanita ini sebagaimana diharapkan olehnya menerusi hantaran di Kisah Rumah Tangga di Facebook. Komen netizen di Facebook. "Ikut hukum agama, wajib ikut suami. Jangan termakan hasutan nanti jadi isteri derhaka. "Umur bapa 55 tahun masih terlalu muda untuk seorang lelaki. Maksudnya masih boleh berdikari untuk menyara keluarga. "Berbincang dengan suami. Perlu ikut je. Ke nak terus berbisnes dengan ayah awak. Kalau suami izinkan, okay la," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube