BIARPUN dunia hari ini semakin moden namun masih ramai percaya kepada rawatan alternatif seperti rawatan tradisional atau berubat dengan ustaz yang menggunakan ayat-ayat suci al Quran. Bagaimanapun, ada individu yang gemar berjumpa bomoh, dukun atau pawang jika sakit atau berdepan masalah lain. Paling membimbangkan apabila individu tersebut taksub dan percaya dengan bomoh yang mereka temui. Berdepan situasi sama, Shahrul Ibrahim menerusi satu perkongsian di laman sosial menceritakan bagaimana dia menjadi mangsa fitnah bomoh. Pengurus harta pusaka itu berkata, kisah bermula apabila dia sebelum ini dia sering berkunjung ke kedai kawannya yang menawarkan perkidmatan membaiki telefon bimbit. Seorang pemuda kecewa, rakannya lebih percayakan bomoh. -Gambar hiasan Menurut Shahrul, kawannya itu mengalami masalah gatal-gatal pada badan tetapi pihak hospital tidak dapat mengenal pasti punca atau penyakitnya. “Saya ada seorang kenalan yang menjalankan perniagaan membaiki telefon bimbit. Jadi, masa saya free, kadang-kadang saya datang kedai dia. “Saja chill dan teman kawan ni berniaga. Masa saya datang ke kedai dia, saya akan bawa air atau kudap-kudapan. “Dipendekkan cerita, kawan ni terkena gangguan. Bila dia datang kedai je, terasa gatal-gatal satu badan. Bila tak ada di kedai, gatal-gatal hilang. Check di hospital, hospital kata tak ada apa. Bila dah berkali-kali macam tu, dia pergi berubat,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Moga badan dia juga ada kesan tekapan” - Ibu doa bomoh ‘petik’ nama Zulfarhan terima balasan setimpal, harap segera bertaubat ARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri diabetes henti cucuk insulin, percaya bomoh kata bekas suntikan jadi sarang jin! Sambung pemuda itu, selepas kawannya itu pergi berubat tingkah lakunya terus berubah dan sentiasa mengelak daripada berjumpa dengannya, membuatkan hubungan mereka putus tanpa sebab. Kata Shahrul lagi, setiap kali mereka berdua melepak bersama rakan lain, dia nampak tidak selesa malah langsung tiak memandang wajahnya. “Apabila saya datang kedai, dia cakap tengah busy dan suruh saya suruh keluar. Benda (makanan dan minuman) yang saya bawa dia suruh ambil sekali. Tanpa sebab. Kalau lepak dengan kawan-kawan lain, dia pandang pun tidak. “Boleh nampak reaksi dia memang tak selesa dengan saya. Masa tu memang rasa pelik. Saya tanya dia depan-depan, tapi dia tak nak beritahu puncanya. Sehinggalah diberitahu oleh rakan lain,” katanya. Bomoh tuduh saya hantar ‘benda’ menerusi makanan dan minuman saya bawa SHAHRUL IBRAHIM Alangkah terkejutnya Shahrul apabila mendapat tahu punca kawannya itu bersikap dingin dengannya kerana menyangka dia berniat jahat mahu merosakkan bisnes yang sedang dijalankan. “Orang yang rawat (bomoh) dia dakwa ada kawan rapat tak puas hati dengan perniagaan dikendalikan olehnya. “Nasib yang beritahu tu backup saya. Jika tidak, sampai sekarang tak tahu punca. Bomoh tu tuduh saya hantar ‘benda’ menerusi makanan dan minuman yang saya bawa,” katanya lagi. Tidak menyangka rakannya itu mudah percayakan bomoh, Shahrul menegaskan tiada sebab untuk dia menyimpan hasad dengki terhadap perniagaan orang lain. “Saya beli semua makanan dan minuman itu menggunakan hasil pendapatan saya. Kenapa perlu santau? Niat saya belikan makan tu sebab tak nak datang tangan kosong tapi ni jadinya. Masih ada individu yang percayakan rawatan bomoh. -Gambar hiasan “Kawan yang menyampaikan berita pun tak percaya saya buat begitu sebab saya tak ada kaitan pun untuk buat begitu pada bisnes dia. “Saya selalu belanja minum atau bawa apa-apa sebab itu memang perangai saya. Saya tak suka bermasam muka,” ujarnya lanjut. Sebagai penyelesaian, Shahrul cuba meminta kawannya yang menjadi perantara supaya memberitahu rakan tersebut bahawa dia tidak melakukan perkara seperti didakwa bomoh. Katanya, dia agak terkilan dengan dakwaan dilemparkan kepadanya sedangkan niatnya sekadar ingin bersahabat. “For now tak ada update lagi dari dia (pemilik kedai membaiki telefon bimbit). Saya pun dah tak datang kedai so tengok la macam mana nanti. “Cuma frust la sebab niat saya nak berkawan tapi lain jadinya. Buat baik salah, buat tak baik pun salah,” luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube