BEKERJA sebagai penghantar makanan membuatkan seseorang itu tidak dapat lari daripada rungutan pelanggan terhadap servis yang diberikan. Namun bagi seorang pemuda yang mencari rezeki dalam bidang ini, dia pula yang mengeluh ketika bertugas menghantar makanan ke rumah pelanggan. Menurutnya, dia berang setiap kali perlu menghantar makanan ke kawasan perumahan berpagar atau komuniti berpagar yang dilengkapi kemudahan kawalan keselamatan. Ramai memilih kediaman di kawasan perumahan berpagar yang dilengkapi kemudahan kawalan keselamatan. -Gambar hiasan Penghantar makanan itu mendakwa, sistem keselamatan di pondok pengawal adalah sesuatu yang melecehkan dan sedikit sebanyak menjejaskan kelancarannya ketika bertugas. "Kepada pemilik kediaman yang ada sekuriti ni. Korang punya sistem menyusahkan bagi aku yang kerja hantar makanan ni. ARTIKEL BERKAITAN: Naik e-hailing, bayar RM6 dah rasa hebat! Pemandu terkedu diugut penumpang B40 berlagak, simpati bertukar menyampah ARTIKEL BERKAITAN: “Kena offline sebab kau dik... jahanam” - Rezeki pemandu e-hailing tersekat, tempat duduk basah lencun lepas bawa budak sekolah "Aku boleh terima kalau jenis yang ambil gambar lesen, nombor telefon atau ambil gambar muka lepas tu ambil nombor plat. "Cuma aku tak boleh terima bila guard telefon tuan rumah kat dalam. Selagi tuan rumah tak jawab call, kami tak boleh masuk," katanya di laman sosial secara umum tanpa mendedahkan lokasi kawasan perumahan berpagar yang dimaksudkan. Banyak pesanan yang perlu dihantar kepada pelanggan. -Gambar hiasan Menerusi luahan dalam video berdurasi kira-kira dua minit yang dikongsi, pemuda tersebut mengakui sudah banyak kali bertengkar dengan pengawal keselamatan di pondok pengawal gara-gara isu ini. "Aku dah banyak kali bergaduh dengan guard kat luar. Benda-benda lain aku boleh terima, tapi bila sampai tahap nak tunggu pelanggan atau tuan rumah jawab call baru boleh masuk, aku tak boleh terima. "Selagi tak angkat tu, tak boleh masuk. Aku penat kalau macam ni," ujarnya. Kau hanya nak tanya boleh masuk ke tak, memanglah nak masuk kena hantar kan? PENGHANTAR MAKANAN Menurut pemuda itu, lebih menyakitkan hati apabila pertanyaan yang diberikan oleh pengawal keselamatan sebaik panggilan telefon dijawab oleh pemilik kediaman. "Kalau call pun, guard tanya 'Hello mem, hello bos, ada penghantar makanan. Boleh masuk ke?' "Bongok betullah soalan tu. Kau hanya nak tanya boleh masuk ke tak, memanglah nak masuk kena hantar kan? Lelaki stres dengan tugasannya di lapangan. -Gambar hiasan "Aku pernah sound kat guard 'Ini kalau tuan rumah beritahu tak boleh masuk, habis tu barang-barang ni boleh letak kat pondok pengawal ke?' "Dia kata tak boleh. Kalau tak boleh, kenapa nak kena call (tuan rumah) tanya dulu boleh masuk ke tak? Apa punya soalan la," tambahnya. Sehubungan itu, dia meminta supaya pihak pengurusan terutama bahagian sekuriti bagi kediaman jenis berpagar supaya memperbaiki sistem mereka. "Tolonglah hentikan sistem kena call tuan rumah sampai nak kena jawab call. Cukuplah ambil nombor plat motosikal. "Atau ambil gambar lesen, ambil gambar muka dan rekod nombor kad pengenalan. Itu pun dah cukup," katanya di akhir video. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube